Rakyat Malaysia jika dengar sahaja makanan viral pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya. Lihat sahaja bagaimana Bukit Bintang dibanjiri ramai orang beratur untuk pelbagai makanan viral sepertu kunafa, aiskrim, shawarma dan banyak lagi.
Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsikan kembali di media sosial telah menjadi bualan ramai. Video tersebut memaparkan seorang peniaga menyediakan minuman air berkarbonat dicampur dengan susu pekat.
Baca Juga:
- Angkara ‘Validity’ Pasport Tidak Sampai 6 Bulan, Keluarga Ini Sedih Gagal Naiki Kapal Cruise
- Campak Dan Sepak Makanan Pelanggan Di Lantai, Tindakan Rider Makanan Ini Undang Kemarahan Netizen
- Demi Konten, Lelaki Ini Sanggup Cipta ‘Kelainan’ Dengan Makan Roti Bersama Makanan Kucing
Mungkin yg minum ni, lidah dia kebas rasa manis. 🙄 pic.twitter.com/zOgNP0aTJb
— Dean or Deen (@DeanOrDeen) August 14, 2023
Dapat dilihat, susu pekat yang digunakan juga agak banyak dan air berkarbonat campuran tersebut dikatakan menjadi trend terkini dalam kalangan masyarakat.
Susulan penularan video itu, ia meraih perhatian orang ramai dan mengundang kerisauan netizen kerana kandungan gula dalam minuman tersebut dilihat berlebihan.
Peniaga please jangan menjual minuman potong kaki mcm ni. Pembeli juga harus beringat. Takut saya tengok dia letak susu pekat banyak mcm tu campur dengan air gas.
Kurangkan minuman manis please. https://t.co/LxHPcWaLjX
— Rara 🇲🇾 (@youngsyefura) August 14, 2023
Janganlah kome tibai benda² manis gila ni. Semenjak aku jaga arwah bapak aku, tengok pesakit kencing manis terseksa rasa kesian doh.
Makan ubat dapat kesan sampingan. Tak makan sakit melarat. Hari² cucuk insulin. Bila melarat dapat sakit lain.
Last² sendiri yang merana… https://t.co/fCTh9zj9Us
— Kugiran Darah (@Penglipurodan) August 14, 2023
https://twitter.com/thelast_demigod/status/1691244250300846080
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut menasihati orang ramai agar bersederhana dalam menikmati minuman manis kerana boleh mengakibatkan kencing manis.