Setiap kali ada tempat menarik atau pun makanan sedap yang trending di TikTok, pasti ramai orang akan serbu ke tempat tersebut untuk merasai sendiri pengalaman ke sana atau mencuba makanan tersebut agar tidak ketinggalan.
Terbaharu, buah donut pic yang dikenali juga sebagai donut peach atau flat peach merupakan salah satu jenis buah pic yang wujud dan berbentuk oblate telah trending di TikTok.
Baca Juga:
- Mudah Viral Di TikTok, Khairul Aming Kongsi Bagaimana ‘Kuasa FYP’ Bantu Ramai Peniaga
- 10 Barangan Viral Di TikTok Yang Berguna Untuk Anda Beli Sempena Jualan Hebat 10.10
- 6 ‘TikTok Challenge’ Viral Yang Dilaporkan Pernah Ragut Nyawa Dan Mencederakan Orang
@leez7117 Done food viral #peachdonut #villagegrocery #tiktokmalaysia #fypシ #spaindonutpeach #donutpeach
@syedot_asmr Replying to @raz terbeli juga Donut Peach ni hahahah! terbang boh duit mahal! #SyedotAsmr #SyedotFoodReview #FoodReview #TiktokFood #DonutPeach #DonutPeaches
https://www.tiktok.com/@beepmansor/video/7248626176967675154?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7245115589919704577
@ayu_kepoh Membalas kepada @واوا 🇸🇦 sedihh hati ku mana nk carii oi😭😭😭 #ayukepoh #peachdonut
https://www.tiktok.com/@isaulia04/video/7254263941717691656?q=donut%20peach%20viral%20habis&t=1689129242978
Buah itu agak berlainan kerana kulitnya seperti merah dan kuning berbaldu selain bahagian dalamnya yang berwarna putih.
Susulan trending di TikTok, dapat dilihat ramai orang mula menyerbu pasaraya terdekat mereka untuk mendapatkan buah tersebut dan banyak review mencuba buah tersebut juga turut dikongsi segelintir pengguna TikTok.
Malah, ada juga netizen yang masih belum dapat mencuba disebabkan pasaraya yang dikunjungi mereka sudah kehabisan stok.
Untuk pengetahuan anda, buah donut pic ini padat dengan khasiat Vitamin C, Vitamin A, Potasium dan Fiber yang pastinya memberikan khasiat kepada pemakannya.