Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan mayat berada di atas keranda tertutup rapi ketika dalam penerbangan tetapi kemudiannya berada dalam keranda kembali apabila sudah mendarat.
Susulan daripada video itu, tular pula sebuah gambar yang memaparkan sekujur mayat sedang duduk di atas kerusi penumpang kapal terbang. Ada yang membuat andaian ‘mayat yang sama’ telah dirakam duduk di kawasan kerusi penumpang pula.
Baca Juga:
- Berdasarkan Kisah Benar, Filem ‘Ayla The Daughter Of War’ Yang Menyayat Hati Ini Jadi Bualan Netizen
- Isu Langgar Kontrak, Pihak Syarikat Hanya Tuntut Kebenaran Daripada TikToker Terkenal Ini
- Ketahui Kisah Benar Di Sebalik Filem ‘Nang Nak’
Namun bagi peminat filem seram, mereka seperti pernah lihat gambar mayat itu sebelum ini. Rupa-rupanya gambar yang tular itu adalah adegan daripada sebuah filem seram Thailand, 4bia yang pernah ditayangkan pada tahun 2008.
TIDURLAH WAHAI PERMAISURI
This video was posted on Reddit with this caption:
“Bayangkan kau berada 30,000 kaki atas udara dan keranda tu dah elok siap wrap semua tapi ‘benda’ tu boleh baring elok luar keranda. Tak kelakar ya”Bro, we been knew since 4bia (2008). pic.twitter.com/kgjSMEhWwM
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) November 12, 2022
Malah, rata-rata netizen berkongsi pengalaman bahawa filem itu memang memberi kesan yang mendalam kerana mereka kerana terlalu seram. Mana tidaknya, filem ini mengisahkan tentang seorang pramugari yang terpaksa menemani sekujur mayat dalam satu penerbangan secara berseorangan.
Untuk pengetahuan anda, filem 4bia ini mempunyai 4 segmen iaitu ‘Happiness’, ‘Tit For Tat’, ‘In The Middle’ dan ‘Last Fright’. Pada segmen terakhir filem mengisahkan tentang pramugari Pim yang menjalinkan hubungan sulit dengan Putera Albert dari Virnistan.
Been through some scary moments when handling aircraft few years back https://t.co/r879HRhUmV
— That (@bront21k) November 13, 2022
4bia is scary shit. Dah la aku tengok dkt wayang 😭 https://t.co/pMQG3YJ7Yp
— sue.idris (@_sueidris) November 13, 2022
https://twitter.com/izzahmali_/status/1592005748883873799
Dia diminta menjadi pengiring Puteri Sophia, isteri kepada Putera Albert yang maut selepas terkena alahan makanan laut dan dia juga diminta untuk mengiringi mayat Puteri Sophia berseorangan.
Akan tetapi, ada juga netizen yang tertanya-tanya akan kesahihan video tular tersebut dan mahukan kepastian sama ada ia berlaku di dunia nyata seperti dalam filem.