Semalam, kecoh di media sosial berhubung laporan sekumpulan rakyat Malaysia dan sebahagian pengunjung dari negara jiran diperas ugut hingga mencecah jumlah keseluruhan lebih RM9 juta atau sekitar RM200,000 yang dilaporkan oleh rakyat Malaysia.

Menurut laporant terkini, polis Indonesia telah menahan 18 anggotanya disyaki terlibat dalam kes peras ugut terhadap pengunjung yang menghadiri festival Muzik Djakarta Warehouse Project (DWP) pada 15 Disember lalu.

Susulan itu, seorang netizen tempatan meluahkan kebimbangan dengan keselamatan dan juga kredibiliti pihak berkuasa di sana yang didakwa sengaja mengambil kesempatan terhadap pelancong dari negara jiran.

“Sejak dulu dan akhir-akhir ni ramai pelancong-pelancong Malaysia dipau imigresen dan kastam Indonesia.

“Imigresen disana akan minta tip sebelum cop pasport”, dakwa netizen di sebuah grup FB.

Tambahnya lagi, wujud pandangan sesetengah pihak di sana yang mana isu Pau berlaku ekoran kebencian pihak negara jiran terhadap Malaysia secara khususnya.

Sumber Gambar: Grup FB

Perkongsian netizen itu kemudian dihujani dengan sejumlah komentar yang mana ada yang berkongsi pengalaman masing-masing yang mendakwa pernah diperas ugut dan sengaja disasarkan kepada mereka.

Malah, sebahagian rakyat Malaysia yang ke sana mendakwa pihak berkuasa di Indonesia seperti tidak segan untuk meminta wang ‘sagu hati’ di tempat bertugas.

Lebih mengejutkan apabila seorang netizen yang mendakwa telah dituduh membawa syahbu walaupun gagal mengemukakan sebarang bukti selepas pengeladahan barangan dan semakan pada badan.

Itu tidak kira lagi, ada yang berkongsi sebahagian FB page dari sana yang dipenuhi cemuhan dan menunjukkan perasaan kebencian yang mendalam terhadap rakyat Malaysia.

Susulan kes pemerasan wang dan perkongsian pengalaman sendiri oleh rakyat Malaysia sebelum ini yang melawat ke sana, netizen tempatan kini mula bercadang untuk boikot melancong ke Indonesia selepas ini.

Sumber Gambar: Grup FB
Sumber Gambar: Grup FB

Hal ini kerana mereka merasa tidak selamat serta meragui kredibiliti pihak berkuasa di sana yang masih dipenuhi anggota-anggota yang mengambil kesempatan terhadap rakyat Malaysia terutamanya yang bergerak secara solo.

Sumber