Baru-baru ini, kecoh sebuah restoran yang mengenakan caj harga makanan yang berbeza pada hari berikut sedangkan pelanggan memesan juadah yang sama hari sebelumnya.

Seorang pengguna FB meluahkan rasa kurang senang dengan caj makanan yang dikenakan oleh sebuah restoran yang mana pada 8 Ogos hanya dikenakan RM9.80 sahaja tetapi pada keesokan hari menunjukkan harga yang lebih mahal iaitu RM11.80 untuk makanan yang sama.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →
Sumber Gambar: FB El Ukasyah

Kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengambil tindakan segera selepas tular nasi goreng sardin naik harga sebanyak RM1.50 dalam masa sehari memetik Sinar Harian.

KPDN WPKL dalam satu kenyataannya berkata, berdasarkan maklumat aduan membabitkan hantaran di media sosial sepasukan anggota telah digerakkan ke restoran terlibat pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan dibuat susulan dua resit pembelian nasi goreng sardin yang tular setelah dibeli dari sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri di sini.

“Menerusi pemeriksaan tanda harga pada buku menu di restoran tersebut mendapati harga bagi nasi goreng sardin ialah RM9, manakala caj RM0.30 bagi bungkusan dinyatakan dengan jelas dalam menu untuk makluman pelanggan.

“Manakala untuk pesanan dan makan di restoran, tiada caj lain dikenakan kecuali harga makanan sahaja termasuk tambahan caj SST sebanyak enam peratus,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Susulan itu, notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat terhadap justifikasi perbezaan harga pada kedua-dua resit tersebut telah diserahkan kepada penyelia restoran untuk tindakan selanjutnya.

Pihak restoran telah pun diberi amaran keras untuk sentiasa mengemas kini tanda harga agar pelanggan tidak keliru, selain sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

“Pihak restoran memohon maaf atas isu yang berlaku dan bersedia untuk menghubungi pengadu bagi membuat penjelasan atau sebarang perkara yang berbangkit,” kata kenyataan itu.