Sebelum ini, tular di media sosial tindakan seorang pelajar tergamak menjual semula gajet yang diperolehi menerusi program PerantiSiswa kerana mahu ‘upgrade’ kepada iPad dan telah menerima kecaman hebat netizen.
Susulan isu tersebut, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan pelajar agar tidak menjual PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diberikan kepada mereka secara percuma.
Baca Juga:
- Pelajar Cuba Jual PerantiSiswa Kerana Mahu ‘Upgrade’ Ke iPad Dikritik Netizen
- Lagi Kes Peranti YES Rosak, Kali Ini Didakwa Meletup Ketika Sedang Dicas
Saya cari ad balik, dah tak jumpa.
Janganlah jual. 😔
Kerajaan dah bagi untuk guna dan ramai lagi yang memerlukannya.
1/3 pelajar di Malaysia tak ada gajet.
Di Sabah & Sarawak, 1/2 pelajar tak ada.
Boleh serahkan kembali untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan lagi. pic.twitter.com/eEO4bolL5r
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 24, 2022
Menurutnya, tindakan itu sangat tidak berintegriti kerana ada pelajar lain yang lebih memerlukan bantuan gajet berkenaan. Malah, pelajar tidak seharusnya menjual gajet Samsung Tab A8 yang diberikan Kerajaan kepada mereka untuk tujuan membantu pembelajaran.
Tambahnya, satu pertiga pelajar di Semenanjung tidak mempunyai gajet dan satu perdua pelajar di Sabah dan Sarawak tidak memiliki peralatan tersebut. Dia juga mahu agar pelajar yang tidak memerlukan alatan tersebut untuk memulangkannya supaya boleh diberikan kepada pelajar lain.
Untuk rekod, kira-kira 400,000 mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak dalam insentif Peranti Siswa akan menerima peranti berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE.