Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi pendapat mengenai tiga piala yang dimenangi oleh Selangor musim ini.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu memenangi Piala Sultan Selangor baru-baru ini selepas menewaskan pasukan pilihan Singapura sekaligus menjulang trofi ketiga musim ini.
Sehubungan itu, Tunku Ismail kemudiannya bertanya sama ada ketiga-tiga trofi ini mendapat pengiktirafan dari FIFA atau sebaliknya. Sekiranya mendapat pengiktirafan, baginda mahu menyertai kejohanan itu.
Sebelum ini, Selangor telah memenangi dua piala pra musim iaitu Kusel Asia Challenge di laman sendiri dan RCTI Premium Sports yang berlangsung di Indonesia.
JDT dan Selangor bakal berentap di pentas final Piala FA 2024/25 yang bakal berlangsung pada 24 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil.
JDT merupakan pasukan juara bertahan manakala kali terakhir Selangor memenangi piala itu ialah pada musim 2009 dimana mereka menewaskan pasukan Kedah Darul Aman menerusi penentuan sepakan penalti.