Pada minggu lalu seorang bekas perunding pelaburan emas Quantum Metal, Nini Comei kongsikan status jawatannya yang telah dilucutkan pada Julai lalu.
Dalam satu kemas kini terbaharu, dia berkongsi pengalaman dilayan buruk semasa berada di ibu pejabat Quantum Metal (QM).
Baca Juga:
- Jawatan Dilucutkan Selepas Tanya Duit Ahli Tertunggak, Bekas Perunding Quantum Metal Buka Mulut
- SC Arah Quantum Metal Berhenti Tawar Saham Kepada Orang Awam
- Lama Tunggu Duit Untuk ‘Cash Out’, Lelaki Ini Mahu Quantum Metal Segera Buat Pembayaran
Menerusi hantaran videonya di TikTok, dia menunjukkan dirinya berada di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan emas itu untuk menangkis dakwaan bahawa dia ‘cuci tangan’, melepaskan tanggungjawab terhadap ahli-ahli di bawahnya.
Bagaimanapun, pihak pengurusan enggan memberinya akses untuk masuk ke dalam.
@ninicomei Replying to @Muhammad Firdaus Part II – Termination Letter Consultant Quantum Metal Ramai yang cakap nini lepas tangan. Video ni bukti yang nini hadir ke HQ QM namun dihalau oleh pihak management. Ketua CS nampak nini terus lari dan jerit “TUTUP, TUTUP”, guard pun tutup gate. Ini ke service company status berbillion? Ini ke layanan management terhadap consultant yang buat sales selama bertahun-tahun? Setiap event QM tak pernah nini missed. 4 tahun committed, bangun, tidur, cakap semua tentang QM. Buang macam tu je. Kalau nini pun mereka boleh buat macam ni ~ apatah lagi client biasa? Yang tak pernah ke HQ. Tak pernah bersemuka. Fikir-fikirkan Nini minta maaf kalau posting nini akan membuatkan ada pihak yang tak puas hati. Ramai juga yang menasihatkan nini untuk senyap. 8 bulan dah nini senyap….. nini tak ada masalah dengan sesiapa. Nini bercerita pengalaman nini dan POV nini tentang QM. Nini pun tak tutup comment, semua boleh comment. Terpulanglah pada yang membacanya. Yang baik ambil lah, yang tak baik jadikan sempadan . Memandangkan nini yang start di social media, jadi nini kena bersuara di social media. Pergi ke HQ sudah, tapi suara nini tak didengari malah kena halau. Jadi Nini harap dengan suara nini di social media. Dapat membuka mata orang ramai mengenai isu semasa QM. Nini berharap QM pada sesi PC nya nanti pada 14 Ogos 2024, akan mengumumkan pembayaran Delay Payment yang dah berlarutan lama. Takkan nak tunggu tahun 2030 baru di selesaikan. Di Indonesia pending payment dah masuk hingga may. Kenapa Malaysia since December 2023 tak settle? Kenapa anak tirikan Malaysia, sedangkan market & sales di Malaysia terbesar. Apapun tunggu 14 Ogos nanti, apa kata QM. Klien nak tau dapat duit ke tak, bukan perubahan dalam T&C lagi, atau projek baru sebagai ganti….. Nini berdebar nak tunggu PC Jika krisis delay payment tak boleh di selesaikan, siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya? Nini percaya sebahagian konsultan dan klien semakin bijak menilai. Nini akan rasa gembira sangat kalau di umumkan pembayaran delay payment akan dilakukan. Tapi nak tau betul ke tak betul kali ini, mestilah umum berapa total bayaran delay payment tu. Kalau tak umum, sama ja lah seperti sebelum ini. Mulut cakap bayar, payment talak mali. Nini sampai disini sahaja dengan QM. Kepada konsultan yang masih ada, bermuafakat lah bina 1 group bertindak sebagai Pengimbang kepada QM. Check & Balance. Jumlah yang perlu dibayar mencecah Ratusan Juta RM. Jangan buli Konsultan dan Klien. Tekankan kepada syarikat QM harus berkomunikasi secara rasmi di website. kalau pakai wasap group leader ni, kadang kadang memilih . padahal waktu join QM, semua ok kan… Setiap orang mempunyai personaliti dan gaya berfikir berbeza Kita Kawan Bukan Lawan We Agree To Disagree. No Big Problem Oh ya… kepada media yang nak tahu details. Boleh pm tepi.
“Ramai yang cakap Nini lepas tangan. Video ini bukti yang Nini hadir ke HQ QM namun dihalau oleh pihak pengurusan. Ketua khidmat pelanggan nampak Nini terus lari dan jerit ‘TUTUP, TUTUP’, pengawal pun tutup pagar.
“Ini ke syarikat servis status berbillion? Ini ke layanan pengurusan terhadap jururunding yang buat jualan selama bertahun-tahun?
“Setiap acara QM tak pernah Nini missed. 4 tahun komited, bangun, tidur, cakap semua tentang QM. Buang macam itu saja,” luah Nini penuh kekesalan.
Menurutnya lagi, ramai memintanya untuk senyap mengenai perihal pelaburan emas itu — namun Nini menyatakan dia sudah berdiam diri selama 8 bulan dan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan sesiapa.
“Nini bercerita pengalaman Nini dan POV Nini tentang QM. Nini pun tak tutup ruangan komen, semua boleh komen. Terpulanglah pada yang membacanya. Yang baik ambillah, yang tak baik jadikan sempadan .
“Memandangkan Nini yang start di media sosial, jadi Nini kena bersuara di media sosial. Pergi ke HQ sudah, tapi suara Nini tak didengari malah kena halau. Jadi Nini harap dengan suara nini di media dapat membuka mata orang ramai mengenai isu semasa QM.
“Nini berharap QM semasa sesi sidang media pada 14 Ogos 2024 nanti, QM akan mengumumkan pembayaran Delay Payment yang sudah berlarutan lama. Tak akanlah nak tunggu tahun 2030 baru di selesaikan,” soal Nini.
Menerusi perkongsian Nini lagi, difahamkan pembayaran tertunggak di Indonesia sudah dilangsaikan sehingga Mei lalu.
Namun untuk Malaysia, seolah-olah dianaktiri apabila pembayaran masih tertunggak sejak Disember 2023 walaupun pasaran dan jualan terbesar adalah di Malaysia.
Pada masa sama, apabila orang ramai menyuruh perunding sendiri untuk menjual semua aset dan membayar semula wang ahli, Nini meminta semua ahli-ahli QM untuk bersatu, pergi ke ibu pejabat bersama-sama menuntut pembayaran yang dijanjikan sebelum ini.
Ini kerana semua wang pelaburan terus masuk ke dalam akaun QM, bukan ke dalam akaun peribadi perunding.
“Nini sampai disini sahaja dengan QM. Kepada konsultan yang masih ada, bermuafakatlah bina 1 kumpulan yang bertindak sebagai pengimbang kepada QM. Check & Balance.
“Jumlah yang perlu dibayar mencecah ratusan juta ringgit. Jangan buli konsultan dan klien. Tekankan kepada syarikat QM harus berkomunikasi secara rasmi di laman web.
“Kalau pakai WhatsApp Group Leader ini, kadang-kadang memilih. Walhal sewaktu join QM, semua ok kan? Setiap orang mempunyai personaliti dan gaya berfikir berbeza.
“Kita kawan bukan lawan. We agree to disagree, no big problem,” jelas Nini.