Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin, salah seorang tokoh pengasas Hamas yang meninggal 2 Mac 2004, kembali menjadi buah mulut orang ramai di tengah-tengah kemelut perang yang melanda Palestin dan Israel.
Merujuk kepada laporan Reutir, ulama yang dihormati dunia Islam ini tular kali ini gara-gara ramalan beliau semasa diwawancara wartawan Al Jazeera pada tahun 1999 mengenai kehancuran negara haram Israel yang didakwanya akan lenyap pada tahun 2027.
Baca Juga:
- Israel Benarkan Rakyatnya Bawa Senjata Dengan Alasan ‘Melindungi Diri’ Daripada Palestin
- Siti Nurhaliza Terkejut Universal Music Sokong Israel
“Israel berdiri di atas kezaliman dan penindasan, maka segala yang lahir daripada penindasan akan berakhir dengan kemusnahan,” kata Yassin dalam wawancara itu sambil menambah bahawa walaupun Israel mendapat sokongan dari kuasa besar, namun lama kelamaan, kuasa itu akan hilang dan Israel akan lenyap.
Dia mengibaratkan kuasa ini sama seperti manusia yang lahir, membesar, menua dan kemudian mati. Begitu juga dengan sesebuah negara. Negara akan maju, maju sedikit demi sedikit, berada di kemuncak kegemilangan dan kemudian hancur.
“Saya katakan, insya-Allah Israel akan hancur pada awal abad akan datang, tepatnya pada 2027, Israel tidak akan wujud lagi,” katanya.
Menurutnya, beliau percaya analisis ini adalah daripada al-Quran. Beliau berkata terdapat fasa generasi yang berubah setiap 40 tahun.
“Oleh kerana saya percaya kepada Al-Quran yang mulia, Al-Quran mengatakan generasi akan berubah setiap 40 tahun,” katanya dalam wawancara itu.
“Dalam 40 tahun pertama kita menghadapi Nakba (pada 1948), 40 tahun kedua kita memulakan Intifadah (pada 1987) di mana kita menentang perang pengeboman terhadap Israel, 40 tahun ketiga akan menamatkan entiti Israel, insya-Allah. “kata Yassin.
“Rujukan Al-Quran, jika Allah SWT menghukum bani Israel supaya tidak meninggalkan padang pasir selama 40 tahun, apakah yang akan dilakukannya? Supaya mereka dapat menggantikan generasi sakit yang telah putus harapan dengan generasi pahlawan.”
“Gerakan Nakba yang pertama telah pergi, digantikan dengan generasi pembaling batu dan pembaling bom, generasi seterusnya akan menjadi generasi pembebas, insya-Allah,” katanya.