Antara negara yang sangat cerewet dengan hal berkaitan harta intelek adalah Jepun. Jika anda didapati bersalah, bersiap sedialah untuk menerima tindakan undang-undang oleh syarikat berkenaan.
Syarikat animasi, Toei Animation kini secara rasminya menggugurkan tuntutan hak cipta ke atas satu video influencer terkemuka, Uncle Roger.
Baca Juga:
- Kerajaan Cambodia Berang, Desak Uncle Roger Mohon Maaf Kerana Komen Makanan Mereka Tidak Enak
- Uncle Roger Dakwa Makanan Malaysia Versi Singapura Nampak ‘Aneh’
- Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG
Sebelum ini, Uncle Roger telah membuat ulasan terhadap kari Jepun yang disediakan oleh watak Sanji dalam anime tersebut. Video berkenaan kemudian telah dimuat naik di YouTube dan pantas menarik perhatian pengguna internet.
Video bertajuk Uncle Roger Review ONE PIECE Japanese Curry itu dibuat dan dimuat naik ke Youtube pada 27 Ogos lepas.
Menurut Uncle Roger atau nama sebenarnya, Nigel Ng, Toei Animation menarik balik tuntutan tersebut pada 5 September lepas.
Terbaharu, video ulasan itu dibenarkan untuk berada di platform berkenaan dan setakat hari ini berjaya meraih 2.3 juta tontonan.
Menerusi platform X, Uncle Roger turut memberikan kredit kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu tersebut.
Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada pasukan YouTube kerana memberikan maklum balas terhadap isu yang dihadapinya dengan baik.
Setakat ini, tiada maklumat tambahan mengapa Toei yang menarik balik tuntutan hak cipta terhadap video tersebut.
Uncle Roger dengan berseloroh berkata perkara itu mungkin berlaku kerana MSG, iaitu salah satu bahan perasa makanan yang sering dijadikan bahan jenaka dalam videonya.