Tidak lama lagi akan tiba bulan Syawal dan pastinya ramai sudah mula mahu membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri. Apa kata, sambil anda mencari barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri di Genting Highlands Premium Outlet (GPO) maka anda berbuka puasa juga sekitar Genting Highlands.

Pada bulan Ramadan, kami telah ke Genting Highlands dan telah mencuba 3 tempat makan menarik yang boleh anda cuba kerana menawarkan menu istimewa sempena bulan Ramadan.

@vocket

♬ Happy Ramadan(792037) – TimTaj

Bukan sahaja menunya istimewa tetapi harganya cukup berpatutan. Jom kami kongsikan 3 tempat makan menarik untuk anda cuba berbuka puasa di Genting Highlands.

1. The Olive, Lobi, Genting Grand

Istimewanya restoran The Olive ini, ia hadir dengan set makanan tradisi Melayu iaitu set nasi tomato dengan ayam merah, jelatah timun, papadom, dan dalca kambing dan juga nasi minyak yang dihidangkan bersama ayam percik, acar timun, dan dalca kambing. Kedua-dua set ini turut disertakan dengan dua minuman menarik.

Hanya dengan membayar RM68 untuk setiap set, anda sudah dapat menikmati hidangan mewah dan berbaloi kerana portionnya sangat banyak pasti membuatkan anda kenyang.

2. Medan Selera Food Court SKY, Resort World Genting

Menu istimewa sempena bulan Ramadan di medan selera ini adalah Setalam Ramadan. Set ini disediakan untuk dua orang makan dan disebabkan portionnya yang agak banyak, saya rasa ia sangat berbaloi untuk dicuba.

Dengan harga RM59, set ini di datang bersama talam yang menyediakan menu dua jenis masakan ikan sebagai lauk utama iaitu seekor ikan tilapia sambal dan ikan keli masak cili padi. Kedua-duanya memiliki rasa sensasi pedas yang mantap dan peminat makanan pedas pasti akan approve!

3. Jom Makan Awana, Resorts World Awana

Bagi anda yang suka makan bufet ketika bulan Ramadan, anda boleh nikmati pelbagai seleksi menu di bufet Ramadan di Jom Makan Awana, Resorts World Awana dengan harga RM128 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak.

Antara menu yang ditawarkan adalah kambing bakar, sate, nasi ayam, dan lauk-pauk Melayu serta asam pedas buluh adalah menu paling istimewa di sini.

Mesti anda sudah terliur melihat makanan-makanan di sini, bukan? Maka, bolehlah anda pertimbangkan untuk makan di 3 tempat makan yang kami nyatakan ini. Selamat mencuba!