Universiti Al-Azhar di Kairo telah mengeluarkan peringatan tentang permainan video bernama Fortnite yang mengajak para pemain menghancurkan kiblat umat Islam iaitu Kaabah bagi membolehkan mereka maju ke peringkat berikutnya.

Peringatan itu dikeluarkan melalui Pusat Universiti Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik, hukum berdasarkan keputusan oleh para ahli hukum Islam.

Memetik laporan berita tempatan, dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, lembaga fatwa mengingatkan kepada para pemain permainan video itu untuk berjaga-jaga. Permainan video itu dikatakan telah mengalih tugas asas seorang manusia untuk mencari ilmu atau pekerjaan yang berguna.

Tambah mereka lagi, permainan video tersebut digunakan untuk menghasut kepada kebencian dan mampu menyakiti orang yang memainkan permainan tersebut serta merugikan diri mereka sendiri.

347dd2_81fa6ef4ff584da992dd5b194e347083_mv2

Bagi isu yang berkaitan permainan Fortnite akan menghancurkan Kaabah, pusat fatwa berkata bahawa permainan tersebut mendorong anak muda untuk menghancurkan Kaabah kiblat suci umat Islam bagi memenangi sejumlah senjata dan maju ke peringkat seterusnya.

Permainan ini jelas menghancurkan keyakinan anak muda dan harga diri mereka. Selain itu, ia meremehkan tempat yang dianggap suci oleh seluruh umat Islam, kata pihak universiti.

Disebabkan itu, pusat fatwa mengulangi pelarangan atau ‘pengharaman’ semua permainan elektronik yang memerlukan kekerasan atau idea-idea palsu yang membawa kepada masalah atau menunjukkan penghinaan terhadap agama.

UAE rombak sistem perundangan, kini boleh minum arak dan tinggal bersama walaupun belum berkahwin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

UAE Rombak Sistem Perundangan, Kini Boleh Minum Arak Dan Tinggal Bersama Walaupun Belum Berkahwin

Ini Sebab Kenapa Negara-Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan