JEMSON Jumaat lalu melancarkan single terbaharu, Mekar di semua platform rasmi mereka. Lagu ini turut diiringi video muzik yang menyelami bait-baik lirik Mekar yang berkisarkan pengorbanan setiap insan menempuh hari penuh cabaran demi keluarga.
“Dalam video muzik ini, saya ingin mengetengahkan pengorbanan seorang bapa. Dalam masyarakat, bapa dilihat sebagai seorang provider kepada keluarga, namun kadangkala tiada siapa yang mengambil berat tentang keadaan mental mereka.
“Saya ingin menonjolkan senario abang-abang rider inilah definisi moden untuk ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Kadang-kadang, terpaksa korbankan lebih masa ‘kayuh’ demi anak dan keluarga,” kata pengarah video muzik Mekar, Azizulhakim Salleh.
Tambah Azizul, babak anak yang meninggal dunia adalah cara untuk beliau memperlihatkan contoh ketabahan si bapa yang terus bekerja seolah-olah anaknya masih hidup. “Ku jalan terus, apa nak jadi, jadi – JEMSON.”