Jenama kereta negara, Proton bukan sahaja dikenali dalam Malaysia, bahkan mendapat sambutan baik di luar negara.
Baru-baru ini tular satu video klip menunjukkan sebuah Proton Waja dijadikan kenderaan rasmi polis di luar negara.
Baca Juga:
- Model ‘Rare’ Proton Saga Ini Menang Tempat Pertama Di Pameran Kereta Antarabangsa
- Mantan Pereka Proton Kongsikan Rekaan ‘Saga Knight Concept’ Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64
- Proton Saga Knight Keluaran 1989 Ini Sedia Untuk Dijual Dengan Harga RM9,500
Menerusi video yang dimuat naik TikTok @historyoftopgear, Proton Waja itu dilengkapi livery polis tempatan dan strobe light.
@historyoftopgear Proton Impian Incident Response. . . #HistoryOfTopGear #TheGrandTour #JeremyClarkson #Clarkson #RichardHammond #Richard #Hammond #JamesMay #TheStig #TopGear #BBC #TopGearUK #luxurycars #f1 #ford #rozzers #police #honda #jdm #Bmw #Pagani #Lamborghini #Ferrari #nurburgring #montecarlo #GrandPrix #rally #superbike #thegrandtour
Ramai warganet terkejut dan pada masa sama berasa bangga melihat mat saleh turut memilih kereta Proton sebagai kenderaan rasmi pihak berkuasa mereka.
Hasil carian The Vocket mendapati video itu dimuat naik semula daripada YouTube Jon Coupland Cars, seorang pemburu dan pengumpul pelbagai model kereta Proton lama.
Difahamkan Proton Impian (nama Proton Waja di UK) itu digunakan oleh pihak berkuasa Polis Hummberside yang bertanggungjawab untuk mengawasi kawasan East Riding of Yorkshire, termasuk Kingston upon Hull, dan bahagian utara Lincolnshire, termasuk Grimsby dan Scunthorpe.
Kereta itu berfungsi sebagai Kenderaan Tindak Balas Insiden (Incident Response Vehicles/IRV) di mana ia akan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjadikan tempat itu lebih selamat dan menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada rangkaian, kenderaan dan orang yang terjejas.
Menurut Jon, video tersebut adalah video lama dan beliau kongsikan rakaman tersebut untuk tatapan orang ramai selepas tidak sengaja menjumpai semula.
Salah satu kereta Proton Saga milik Jon pernah menjuarai pertandingan antarabangsa. Anda boleh baca kisah membanggakan itu di sini.