Bekas pemain skuad kebangsaan Perancis, Zinedine Zidane menunjukkan skil yang menarik perhatian ramai dalam satu perlawanan yang menyambut ulang tahun ke-100 salah satu bekas kelabnya iaitu Bordeaux.

Zidane terlibat dalam perlawanan tersebut dan menunjukkan beliau masih memiliki sentuhan emas selepas 18 tahun bersara dari dunia bola sepak profesional pada 2006 lalu selepas temasya Piala Dunia di Jerman.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemain yang mesra dengan panggilan Zizou itu mempamerkan kawalan bolanya sejauh hampir 50 meter, menarik sorakan kuat daripada orang ramai yang hadir ke stadium dimana mereka kagum dengan skil yang ditunjukkan oleh pemain berusia 51 tahun itu.

Sayangnya rakan sepasukan gagal untuk menjaringkan gol selepas mendapat hantaran dari Zidane dimana percubaan yang dilakukan terkena palang gol.

Zinedine Zidane ketika ini bergelar sebagai ejen bebas selepas beliau meninggalkan Real Madrid pada 2021 yang mana kelab itu melantik semula seorang lagi bekas pengurus pasukan iaitu Carlo Ancelotti.

Sebelum ini, beliau mendapat beberapa tawaran antaranya jawatan untuk mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Algeria yang juga negara kelahirannya tetapi beliau menolak.

Selain itu, Zidane turut menolak tawaran bagi mengendalikan dua lagi pasukan kebangsaan iaitu Brazil dan Amerika Syarikat.

Menurut beberapa laporan, Zidane mengintai peluang untuk menjadi pengurus bagi beberapa kelab seperti Juventus yang pernah diwakilinya ketika bergelar pemain profesional. Selain itu, dua lagi yang dilaporkan menjadi pilihan Zidane ialah Marseille dan juga Manchester United.