Permainan ‘Kuda Kepang’ merupakan salah satu seni warisan yang bertapak di Malaysia sejak sekian lamanya. Bagaimanapun permainan itu sudah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor sejak tahun 2009 lalu.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini permainan itu kerap kali keluar di live TikTok pada waktu malam. Dalam video itu kelihatan ramai generasi muda sedang ‘isim’ menari dengan berperwatakan haiwan seperti kuda, keldai dan monyet.

Baca Juga:
- Seram Dan Didakwa Berunsur Syirik, Penceramah Minta Hentikan ‘Lathi Challenge’
- Kaitan Mistik Lagu ‘Ulek Mayang’ Dalam Kepercayaan Melayu
- 19 Tahun Tinggal Di Jepun, Ini Antara Kisah Mistik Yang Saya Alami
Bahkan ada yang melakukan aksi lebih berbahaya dengan memecahkan lampu kalimantang, memakannya atau berjalan di atasnya tanpa kasut tanpa mencederakan diri sendiri.
https://twitter.com/meili_tann/status/1624666045033373696?s=20&t=PFH2r_2v6vGRRH_xcwHV-Q
Video-video permainan kuda kepang yang didakwa berlaku di Johor yang dirakam dan dikongsikan di platform TikTok telah menarik perhatian netizen.
Didapati ramai generasi baharu yang tidak tahu mengenai permainan itu dan hanya mengetahuinya selepas melihat rakaman-rakaman video itu — ada yang berasa takut dan ada juga yang ‘terpesona’ melihat tarian dan mendengar alunan muzik yang dimainkan.
Dalam pada itu, ada netizen berpendapat adalah tidak patut ‘mengharamkan’ permainan kuda kepang kerana ia seolah-olah melenyapkan budaya penduduk tempatan, seperti yang terjadi kepada beberapa budaya di negeri Kelantan.
Tak ada sikit manfaat pun. Ini adat yang bertentangan jauh dengan syarak agama. https://t.co/YvyBYb1XzC
— 🇵🇸 (@bxngpy) February 13, 2023
Everything kena ada moderation tapi aku tak setuju benda cultural ni diharamkan. Kang jadi macam Kelantan. Banyak budaya dah hilang macam tu je https://t.co/8V3JhIIIgA
— Shakila schön (@markonahajis) February 12, 2023
idc if this is the budaya that were trying to keep as heritage but if you're a muslim u should already acknowledge that this is clearly haram and better try not to involve with it. fullstop https://t.co/YwIZLdR1SS
— ni #FreePalestine 🇵🇸 (@wanihuhu) February 12, 2023
Budaya no 1, agama no 2 💀 https://t.co/ULkl0A7zNr
— ηυяυℓ (@peaahh_) February 13, 2023
Obviously haram https://t.co/GYsR2oDUhR
— Azibun 🇵🇸 (@_aazibmelon) February 13, 2023
Terdahulu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor.
“Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
“Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha,” petik dari laman web JAKIM.