Media sosial merupakan satu medium untuk kita berhubung rapat dengan kenalan dan juga menambah rakan. Akan tetapi, ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penipuan menggunakan media sosial.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook Aryana Ren berkongsi satu posting berkaitan dengan seorang scammer yang telah menipu ramai orang di media sosial.

Menerusi perkongsian beliau, scammer tersebut telah menyamar menjadi seorang Pegawai Perubatan di Hospital Raja Bainun, Ipoh. Rata-rata mangsanya percayai dia seorang doktor kerana dia telah edit wajahnya pada gambar doktor sebenar menjadikan wataknya ‘real’.

Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut yang menggunakan nama Aizat Hamdan dipercayai telah menipu ramai orang dengan cuba bermain cinta dengan ramai gadis dan telah berjaya menipu duit mereka.

Menurut Aryana yang merupakan seorang pegawai perubatan juga, Aizat Hamdan ini bukanlah seorang pegawai perubatan yang berdaftar dan gambar-gambar tersebut sebenarnya milik seorang doktor dari Indonesia yang dikenali sebagai Dr Rudiman.

Oleh yang demikian, Aryana dan juga Dr Rudiman telah membuat laporan polis atas penipuan yang dilakukan oleh scammer tersebut. Jika anda pernah tertipu oleh lelaki tersebut, anda mungkin boleh menghubungi Aryana di sini untuk dikumpulkan bukti-bukti penipuan lelaki tersebut.

Berikutan itu, rata-rata netizen berasa terkejut dan mengatakan bahawa gambar-gambar yang dikongsi scammer tersebut nampak sangat ‘fake’.

Screenshot 2019-11-04 at 9.28.44 AM

Screenshot 2019-11-04 at 9.29.01 AM

Bagi anda di luar sana, anda haruslah lebih berhati-hati ketika mengenali orang di atas talian. Berjumpa dahulu sebelum mempercayai kata-kata mereka.

Terdapat pelbagai teknik penipuan secara atas talian yang telah terjadi. Adakah anda tahu cara untuk menanganinya?

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Tipu Pembeli Menerusi Iklan Di Facebook

Cara Sempoi Gadis Ini Kenakan ‘Scammer’ Yang Ingin Memerangkap Beliau

Sumber