Seorang wanita dikecam netizen kerana menghina OKU yang menjadi penghantar makanan.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut menyatakan bahawa dia memang sudah lama ‘alergik’ dengan golongan OKU yang membuatkan dia rasa jijik.

Wanita tersebut enggan menerima pesanan minuman yang dia terima daripada seorang penghantar makanan yang kelainan upaya atau OKU.

Dia menulis: “Saya takut minum minuman yang dihantar oleh orang kurang upaya [penghantar makanan] kerana ia kotor.

“Sejujurnya, saya sudah alergik kepada mereka sejak saya masih muda.”

Dia kemudian menambah, setiap kali dia pergi ke kedai makan, dia akan bertanya sama ada tukang masak atau cef di situ adalah OKU.

Jika mereka OKU dia tak akan memesan makanan atau tak akan makan di tempat itu.

Wanita itu menegaskan: “Sebelum ini, jika saya ke restoran saya akan hubungi untuk bertanya sama ada cef mereka OKU. Jika ya, saya takkan pergi ke sana.”

Post tersebut dimuatnaik di Facebook dan menerima banyak kritikan. Dan setelah menerima banyak komen mengecamnya, dia tampil membuat permohonan maaf.

“Saya ingin meminta maaf kepada penghantar makanan di atas insiden semalam. Saya juga meminta maaf kepada dia di atas kesulitan yang dia hadapi.

“Semalam emak saya dah minta maaf kepada penghantar makanan itu secara peribadi. Dan hari ini giliran saya pula nak minta maaf.”

Ramai yang melabel perempuan itu memang bermasalah dan kuat spin.

“Pattern yang sama, jangan nak spin,” tegas salah seorang netizen yang bengang.