Wanita warga Singapura mendedahkan bahawa seorang pegawai trafik di Malaysia telah menuntut untuk memberinya RM10,000 selepas dia ditahan kerana tidak membawa pasport.

Dalam catatanya di laman media sosial Lemon8, wanita bernama Marissa menulis bahawa semasa kejadian dia sedang duduk di dalam kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia sebelum meninggalkan Sunway Big Box Retail Park.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Sepanjang dalam perjalanan tersebut, beliau menyedari bahawa pihak polis sudah mengekori mereka dari belakang. Tidak lama selepas itu, siren dibunyikan dan anggota trafik itu meminta Marissa dan kawannya berhenti serta menunjukkan pasport.

Bagaimanapun, dia gagal memenuhi permintaan pihak polis tersebut. Disebabkan situasi tersebut, Marissa mendakwa bahawa pegawai polis tersebut mendesak untuknya membayar.

“Saya berkata saya tidak mempunyai wang tunai yang begitu banyak kerana rumah keluarganya hanya berdekatan. Tetapi pegawai itu tetap berkeras untuk dia membayarnya dengan harga RM10,0000 atau saya akan dilarang memasuki Malaysia untuk 5 tahun akan datang,”

Marissa berkata dia cuba berunding dengan pegawai itu dengan menawarkan untuk pergi ke mesin ATM berdekatan bagi tujuan mengeluarkan wang.

“Bagaimanapun, pegawai itu berasa takut dan meminta kami membayar dengan semua wang tunai yang kami ada sebagai YURAN PENGAJIAN. Dia [pegawai polis] juga mengajar kami bagaimana untuk memahami undang-undang Malaysia. LOL,” tulisnya.

Dia akhirnya lepas daripada pihak polis selepas membayar RM500.

Dalam temubualnya bersama WeirdKaya, Marissa mendakwa bahawa dia tertinggal pasport di rumah rakannya selepas dia menukar beg yang dibawa bersamanya. Tambahnya lagi, disebabkan takut dengan situasi tersebut, dia terpaksa akur dan ikut dengan permintaan pihak polis tersebut.