Bersempena bulan Syawal ini, antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak sudah semestinya adalah duit raya daripada mereka yang lebih tua dan sudah berkerja.

Pemberian duit raya sudah menjadi satu tradisi biasa di dalam kalangan masyarakat kita dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan berkongsi rezeki antara satu sama lain.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Namun begitu, seorang pengguna X telah berkongsi tentang rungutan seorang wanita berstatus ibu yang menyuarakan ketidakpuasan hati  selepas mengetahui jumlah duit raya yang diterima oleh anaknya.

Sumber Gambar: vitdaily

“Kisah aku fasal mak budak . Dia tahu aku bagi duit raya ikut tahap pengajian Sekolah rendah ke bawah RM5. Sekolah menengah RM20. Universiti atau kolej RM50.

RM5 je? Patut budak kecil kena bagi banyak. Nak beli susu . Barang sekolah lagi,” tulis wanita berkenaan.

Malah, dia turut meletakkan nilai duit raya yang sedikit tinggi kepada pelajar universiti atau kolej kerana memahami situasi golongan berkenaan yang lebih memerlukan bagi menampung perbelanjaan ketika pengajian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memang tidak bersetuju dengan pendapat wanita tersebut dan mengecam sikap wanita yang tidak bersyukur itu.

Bagi mereka duit raya itu adalah satu bentuk sedekah dan pemberi ada hak menentukan berapa nilai yang mahu diberi kepada orang lain.

“”Beli barang sekolah, susu, keperluan asas anak tu tanggungjawab kau (ibu bapa). Anak tak perlu guna duit raya dia pun in the first place. Kalau sedar tak mampu beli barang asas, tak payahlah ada anak,” kata seorang netizen.

“Tak tahu malunya parents yang pertikai duit raya anak sikit tu. Even kau pakai duit anak kau tu pun, kau kena ganti balik tau. Berdosa tak ganti balik,” tulis seorang netizen lagi.

“Duit raya anak bukan buat beli pampers apa semua. Buat akaun bank atau Tabung Haji, masukkan duit raya anak tu. Nanti dia nak masuk universiti ke dah kerja, pandai-pandailah dia manage duit tu nanti untuk survive,”

Malah, ibu bapa tidak berhak untuk mengambil wang tersebut untuk kegunaan peribadi mahupun perbelanjaan seisi rumah.

Sumber