Kes Mona Fandey pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia satu ketika dahulu kerana ia kes berprofil tinggi, pembunuhan ahli politik yang didalangi oleh penyanyi, Moda Fendey serta memiliki elemen mistik.
Dalam satu laporan, seorang pegawai penjara, Norizan Hamid tampil berkongsi pengalamannya menyambut hari raya Aidilfitri bersama arwah Mona Fandey ketika berkhidmat di bilik tahanan banduan akhir di Penjara Wanita Kajang suatu ketika dahulu.

Baca Juga:
- ‘Papa Azan Dan Masukkan Air Liur Ke Mulut Saya’ – Wanita Ini Kongsi Pendedahan Anak Tiri Mona Fandey
- ‘Hari Raya Paling Kalut’ – Lihat Gelagat Rakyat Malaysia Terkejut Aidilfitri Datang Awal
- Shuk Sahar Buka Rahsia ‘Mengelat’ Di Pagi Aidilfitri Sewaktu Jadi DJ Radio
“Untuk menghilangkan rasa bosan arwah (Mona) akan menyanyi beberapa lagu kegemarannya selain turut membaca Al-Quran siang dan malam, suaranya memang bertaraf penghibur.” ujar Norizan.
Menurutnya, pengalaman itu sukar dilupakannya sepanjang perkhidmatannya selama 30 tahun kerana banduan akhir perlu dilayan sebaik mungkin, berbeza dengan banduan yang lain.
Bercakap tentang pengalamannya menjadi seorang warden penjara, perbualan bersama mereka yang menunggu hukuman gantung sampai mati membuatkan dirinya berasa sedih.