Di Alor Setar, seorang lelaki etnik Rohingya telah ditahan kerana disyaki membunuh isteri dan dua orang anaknya dalam kejadian yang dipercayai berlaku 18 Ogos lalu.

Hasil siasatan mendapati mayat mangsa ada kesan kelar. Dengan mayat mayat mangsa ditemui di beberapa lokasi berasingan.

Menurut laporan Buletin TV3, isterinya berusia 34 tahun sementara anak perempuannya baru berusia 10 tahun. Mayat dijumpai di belakang longkang banguan terbiar pada 19 Ogos lalu.

Dia ditahan serta merta pada 19 Ogos dan menjadi suspek utama kes pembunuhan tersebut. Selepas itu polis menemui seorang lagi mangsa yang merupakan anak lelaki suspek yang baru berusia 2 tahun ditemui di Pantai Leman, Kuala Kedah.

Kejadian itu benar benar mengejutkan netizen yang tidak percaya ada ayah durjana seperti itu. Di mana dia bukannya menjadi pelindung kepada keluarganya, malah telah menghapuskan keluarganya sendiri.

Lelaki tersebut tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk menghadapi pendakwaan, hari ini.

Dia juga turut dihadapkan ke dua mahkamah Majistret. Di mana dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan melibatkan kes dadah – pendakwaan dibuat berasingan.

Menurut laporan Kosmo pula, Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah menyatakan bahawa suspek menghadapi tekanan hidup serta ketagih dadah.

Itu telah menjadi punca kenapa dia bertindak membunuh isteri dan dua orang anaknya. Kes adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.