Wolverhampton Wanderers (Wolves) menghantar surat rasmi kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana mereka meminta agar teknologi Video Assistance Referee (VAR) tidak digunakan bemula saingan musim 2024/25.

Salah seorang wakil Wolves itu berkata VAR telah merosakkan hubungan antara sukan itu dengan peminat dimana ada beberapa insiden yang dianggap merugikan beberapa kelab dalam saingan EPL.

Baca Juga:

“Teknologi ini mengganggu keraian selepas menjaringkan gol dan aksi spontan yang sememangnya menjadi sebahagian dari bola sepak.

“Terdapat kekecewaan dan kekeliruan di dalam stadium kerana pemeriksaan VAR yang panjang dan komunikasi yang lemah diikuti dengan dengan kesilapan yang berterusan.

“Kita tidak mencari kesalahan. Kita semua hanya mencari hasil terbaik untuk bola sepak – dan semua pihak berkepentingan telah bekerja keras untuk mencuba dan menjayakan teknologi tersebut.

“Namun, selepas lima musim VAR dalam saingan EPL, sudah tiba masanya untuk perbahasan yang membina dan kritikal mengenai masa depannya.

“Kami berpendapat harga mahal yang kami bayar untuk peningkatan kecil adalah bertentangan dengan semangat permainan kami, dan akibatnya kami meminta untuk mengeluarkan VAR dari musim 2024/25 dan seterusnya,” katanya.

Wolves menjadi pasukan yang paling teruk terjejas dengan teknologi VAR, dengan lebih banyak keputusan menentang mereka berbanding kelab lain sejak diperkenalkan pada 2019-20. Wolves mempunyai skor bersih pada keputusan VAR negatif 17, dengan kelab yang paling teruk terjejas berikutnya ialah Arsenal pada tolak negaitf 7.

Untuk mana-mana usul sedemikian diluluskan, majoriti dua pertiga (14-6) diperlukan. Teknologi akan berhenti digunakan mulai musim depan jika 14 kelab mengundi menyokong cadangan Wolves pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Jurucakap Liga Perdana berkata mereka mengesahkan surat tersebut dan akan mengadakan perbincangan mengenai VAR dengan kelab pada mesyuarat agung tahunan bulan depan. Kelab berhak mengemukakan cadangan pada mesyuarat pemegang saham dan mereka mengakui kebimbangan dan isu mengenai penggunaan VAR.

Akan tetapi, badan itu masih menyokong teknologi berkenaan dan komited untuk membuat penambahbaikan bagi memastikan teknologi tersebut tidak merugikan mana-mana pihak.