Pengurus yang kini menjadi buruan kelab ternama Eropah, Xabi Alonso mengakui Bayer Leverkusen merupakan kelab terbaik buatnya pada masa ini.
Prestasi cemerlang ditampilkan skuad kendaliannya dalam saingan 2023/24 menyaksikan khidmat Alonso ditagih kelab seperti Bayern Munich, Liverpool dan Real Madrid.
Baca Juga:
- Ini Barisan Pemain Bayern Munich Yang Digelar Anti-Tuchel
- Zidane Tidak Berminat Jadi Pengurus Manchester United
- David De Gea Tolak Tawaran Mewah Al-Nassr Kerana Sayangkan Isteri
Lebih menarik, ketiga-tiga kelab tersebut merupakan pasukan yang pernah diwakili oleh Alonso ketika bergelar pemain.
Namun disebalik spekulasi tersebut, beliau yang kini berusia 42 tahun memilih untuk terus kekal bersama Bayer Leverkusen bagi menghadapi musim 2024/25.
Apatah lagi pada ketika ini Leverkusen berada di landasan terbaik untuk menjuarai saingan Bundesliga dengan kelebihan 10 mata dihadapan pencabar terdekat, Bayern Munich.
Rekod pada musim ini juga begitu cemerlang apabila anak buahnya masih belum mengalami sebarang kekalahan selepas mengharungi 26 perlawanan liga setakat ini.
Kali terakhir Bayer Leverkusen muncul juara Bundesliga ialah pada musim 2010/11 sewaktu pasukan tersebut dibimbing oleh Jupp Heynckes dan ketua pasukan, Simon Rolfes kini bergelar Pengarah Sukan Kelab.
“Ia adalah musim dengan banyak spekulasi mengenai masa depan saya,” ujar Xabi Alonso menurut sumber laporan ESPN.
“Saya mahu menggunakan rehat antarabangsa untuk muhasabah diri dengan lebih baik dan membuat keputusan.”
“Minggu lalu, saya mengadakan pertemuan yang baik bersama Simon (Rolfes), dan Fernando Carro (Ketua Pegawai Eksekutif), apabila saya memaklumkan keputusan saya untuk terus menjadi jurulatih Bayer Leverkusen.”
“Pasti semua keputusan, anda perlu menganalisis dengan baik dan saya cuba mengambil keputusan yang betul. Saya cuba mengambil keputusan yang datang secara semula jadi dan pada masa ini saya rasa ini adalah tempat yang sesuai untuk saya berkembang sebagai jurulatih.”
“Saya seorang jurulatih muda, tetapi saya perlu merasainya. Pada masa ini saya merasakan ini adalah tempat yang tepat,” tambah Alonso lagi.