YG Entertainment merupakan antara syarikat rakaman gergasi di Korea Selatan. Dikenali sebagai the big 3, syarikat rakaman ini telah melahirkan banyak bakat-bakat besar yang cukup terkenal dalam industri hiburan Korea.
Terbaharu, perkongsian di satu forum mendapat perhatian K-Nets (netizen Korea) dimana telah memuji kecekapan YG Entertainment dalam menjaga kebajikan artis di bawah naungannya.
Menerusi satu laporan media, YG Entertainment dikhabarkan menjaga kebajikan artis di bawah naungannya dengan memberikan bilik berasingan, kemudahan yang pelbagai dan juga bayaran lebih lumayan berbanding agensi rakaman lain.
Bukan itu sahaja, laporan itu turut mengatakan K-Nets memuji penata gaya kumpulan BlackPink kerana stail rambut dan makeup yang ditonjolkan cukup cantik.
Akan tetapi, para K-Nets yang membaca laporan media allkpop itu tidak bersetuju dengan ‘kebaikan’ yang dinyatakan, lalu mencetuskan perdebatan dalam kalangan para peminat K-Pop di seluruh dunia.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang memuji cara syarikat rakaman tersebut menjaga kebajikan dan ada juga menegaskan ianya seperti satu ‘jenaka’ terutama sekali syarikat rakaman tersebut pernah terpalit pelbagai skandal.
https://twitter.com/MARVELSTUD10S/status/1326712315778007041
Best accommodations and salary but not management and treatment, I MEAN LOOK AT WHAT iKON HAS BEEN THROUGH… https://t.co/3Rjqw1QH2b
— Maxi is closed 🌌 (@HarutoMyRuto) November 12, 2020
Tidak hanya itu, para netizen juga ada yang mengatakan bahawa ini hanyalah media play oleh YG Entertainment untuk membersihkan namanya. Malah, rata-rata netizen juga menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat rakaman tersebut disebabkan layanan dan pengurusan YG Entertainment kepada artis naungannya.
Bagi peminat K-Pop pastinya tahu bagaimana layanan YG Entertainment kepada artisnya. Adakah anda rasa ia hanya sekadar media play oleh syarikat rakaman gergasi tersebut bagi membersihkan namanya?
Khabarnya, G-Dragon akan kembali dengan album solo terbaharu! Klik pautan di bawah untuk membaca!
Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak
Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?