Yuna berterusan bersuara tentang Palestin di platform Instagram dan mengaja peminat beliau terus bersolidariti.

Sebelum ini Yuna mengumumkan bahawa dia mahu bekerjasama dengan jenama tempatan sahaja. Kerana kebanyakan jenama barat membisu soal Palestin.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Terbaru dia mendedahkan pernah menolak kerjasama dengan sebuah jenama besar. Sehingga kawannya menggelarkan dia sudah hilang akal.

“Saya nak cerita, ketika saya memberitahu kawan saya di LA, KL dan di mana sahaja, saya memutuskan untuk berhenti bekerjasama atau memakai jenama Z pada November 2023. Ada kawan saya kata saya ni dah gila: ‘Itu tak bagus untuk kamu’.

Yuna selalu bercakap tentang gambar ngeri di Gaza, namun ramai yang menukar topik kepada perkara lain.

Yuna menambah: ‘Sebagai seorang artis, saya sedar saya tidak sempurna, kita semua tidak sempurna dan tidak akan pernah terlepas daripada sepenuhnya daripada segala perkara

Yuna sedar dia bukanlah sempurna terutama sekali sebagai seorang artis. Namun dia menegaskan tak salah untuk mencuba dan beranikan diri. Kerana ramai lagi yang tampil bersuara sehingga hilang pekerjaan, ditarik balik biasiswa, ditangkap, dikasari hanya kerana bercakap tentang genosid.

Yuna juga menyatakan bahawa orang lain pun berkorban dalam perkara ini dengan cara masing masing.

Yuna merasakan adalah tidak kena sebagai seorang artis, dia berterusan mempromosikan jenama ada kaitan dengan genosid sedangkan peminat mereka pula bersusah payah berkempen memboikot restoran makanan segera.

Yuna menambah: “Ada orang yang mengambil gambar saya menggunakan rantai bendera Palestin untuk mengganggu saya. IG memberitahu peminat saya untuk melaporkan akaun saya. Kita harus mengorbankan sesuatu.

“Tak guna jika peminat kamu memboikot restoran makanan segera, sedangkan kamu mempromosikan beg $10,000, biar betul. Kita harus bertindak secara kolektif.

“Kanak kanak di Gaza tidak bernyawa setiap hari dan kita tidak boleh berpura pura kononnya kita tak tahu 90% daripada jenama ini melabur dalam teknologi perang dan pecerobohan, benda ni dah tak ‘comel’ lagi dah.”