Di Jepun terdapat satu stesen keretapi di utara kepulauan Hokkaido iaitu stesen Kami-Shirataki. Stesen ini antara stesen yang tertua dan masih menggunakan teknologi lama.

kami-4

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiga tahun lalu, disebabkan kedudukan stesen ini jauh dalam pedalaman, penumpang merosot dan servis pengangkutan juga telah diberhentikan, Japan Railway (JR) telah membuat keputusan untuk menutup stesen itu. Walau bagaimanapun, selepas mereka mengetahui ada seorang pelajar perempuan menaiki keretapi di stesen itu setiap hari untuk ke sekolah, mereka menukar fikiran.

Kami-1

kami-2

Sejak dari itu, keretapi berhenti di stesen Kami-Shirataki hanya untuk mengambil dan menghantar pelajar perempuan tersebut. Japan Railway akan membuka stesen tersebut sehingga budak perempuan itu tamat persekolahan. Dia dijangka tamat persekolahan pada 26 Mac 2016. Setiap hari hanya dua keretapi yang akan berhenti di stesen Kami-Shiraki dengan jadual yang unik bergantung kepada waktu pergi dan balik pelajar tersebut dari sekolah.

kami-6

Tindakan seperti ini membuktikan kerajaan Jepun sangat mementingkan pendidikan untuk rakyatnya. Salute.

kami-3

kami-7

kami-5

Japan is keeping an entire train station open for just one passenger.

Posted by INSIDER on Tuesday, January 12, 2016

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber