Nota Editor: Tutorial ini telah dikongsikan di Facebook Aimi Shukri dan kami telah diberi keizinan untuk kongsikan semula di sini. Semoga bermanfaat untuk para wanita dan gadis.

Pernah dengar instant shawl dua muka yang tengah top sekarang ni? Cantikkan bila pakai? Sarung je. Mudah, cepat, kemas, ringkas & vouge gitu

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari yang indah ni Aimi nak share cara buat instant shawl 2 muka menggunakan shawl halfmoon yang dah sedia ada dalam wardrobe kita. Tak payah beli baru. Guna je yang sedia ada. Senang dan mudah sangat. Semua orang boleh buat.

Langkah 1

shawl-1

Bentang halfmoon dalam keadaan bahagian depan halfmoon menghadap atas.
Maksud Aimi, kainkan ada depan & belakang. Bahagian depannya menghadap ke atas dan yang belakang menghadap ke bawah.

Langkah 2

shawl-2

Lipat sebelah kiri sekitar 15inch ke 16inch.

Langkah 3

shawl-3

Ukur dalam 11 inch ke 12 inch pada lipatan tadi dan tanda pada ukuran tersebut.

Langkah 4

shawl-4

Ukur macam ni.

Langkah 5

shawl-5

Letak jarum dan jahit sedikit pada bahagian yang sudah ditanda tadi. Jahit memanjang ke bawah dalam 1inch sahaja. Jahit sikit je jangan panjang-panjang.

Baca: Tutorial Pemakaian Selendang Instant Fazreen

Langkah 6

shawl-7

Lipat halfmoon sebelah kanan pula sekitar 13inch. Ulang perkara yang sama macam langkah yg sebelum ini. Cuma beza dr segi ukuran.

Bahagian ni lagi pendek dari yang belah kiri tadi. Dari ukuran 13 inch tadi, ukur pula bahagian muka you all pada bahagian ni. Ukuran Aimi 9.5 inch.

Dah ukur, tanda dan jahit terus mcm langkah tadi cuma yang ini kene jahit habis sampai bawah yang kita ukur 13 inch tadi.

Langkah 7

shawl-7b

Macam ni rupanya bila dah lipat dua-dua belah halfmoon tadi.

Langkah 8

shawl-8

Inilah rupanya bila dah siap. Senangkan?

Ni belum diterbalikkan. Bila dah terbalikkan, bahagian yang pendek akan jadi sebelah kiri dan yang panjang jadi sebelah kanan. Paham tak ni? Haha. Tak reti Aimi nak explain macam mana. Maaf la ye kalau you all kompius.

Ini cara pakai pula.

Langkah 1

shawl-9

Dah siap bole lah pakai terus. Yang tak tau nak pakai tu, meh sini nak tunjuk. Sarung bahagian yang kiri dulu, bahagian yang pendek dan dijahit habis tadi.

Langkah 2

shawl-10

Kemudian sarung bahagian kanan pula. Buat macam dalam gambar tuh.

Langkah 3

shawl-14

Dah siap sarung, adjust sikit kasi lawa, cantik, comei gitu

Langkah 4

shawl-11

Dah siap. Senangkan?

Langkah 5

shawl-12

Dari belakang.

Langkah 6

shawl-13

View dari tepi pulak. Haha. Gedik ler pulakkan. So you all, SELAMAT MENCUBA

Baca lagi: Suka Bergaya Dengan Abaya Tetapi Kempis Poket Apabila Mahu Memilikinya. Cuba Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram