Nota Editor : Perkongsian ini asalnya adalah dari fb wall Faizul Ridzuan, seorang pelabur hartanah yang berjaya. Beliau juga sering menganjurkan seminar hartanah bersama beberapa orang lagi rakan beliau yang juga dikalangan mereka yang terlibat secara serius dalam pelaburan hartanah. Harapan kami agar artikel ini dapat membantu anda untuk lebih bersemangat untuk menambah ilmu dan memaksimakan pelaburan anda.

KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM TABUNG HAJI ATAU ASB

Minggu lepas, saya dijemput untuk buat perkongsian berkenaan ilmu pelaburan di dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh UKM. Antara pelabur lain yang dijemput adalah :

1. Prof Ben Jacobson yang telah menulis beberapa buku dan juga pakar ekonomi dan saham di Edinburgh University

2. Prof Barjoyai yang telah membina 3 buat syarikat yang yang beliau berjaya listkan di pasaran saham Toronto, Canada.

Kesemua 3 ahli panel hari itu, seperti saya juga tidak melabur dalam pelaburan berbentuk unit amanah. Ada seorang pelajar yang bertanya dengan saya kenapa saya tak melabur dalam ASB atau Tabung Haji.

Saya jelaskan kepada yang bertanya yang saya ini tak dilahirkan kaya. Jadi duit saya tak banyak dan saya tak percaya orang lain untuk jaga duit dan masa depan saya. Jadi saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya yang tiada wang yang banyak.

faizul-ridzuan-2

Berikut merupakan hujah sambungan saya :

1. Saya mahu kawal pelaburan saya. Dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tidak dapat nak kawal pelaburan saya. Semua wang yang saya letak dalam unit amanah akan dijaga oleh “fund manager” atau pengurus pelaburan. Kalau pengurus pelaburan saya tak betul, maka habislah wang penat lelah saya.

2. Saya mahu kawal keputusan pelaburan saya dan impian saya. Dalam pelaburan hartanah atau saham, saya boleh kawal waktu pembelian dan jualan saya. Saya boleh kawal kawal siapa yang akan sewa atau beli hartanah saya.

Dalam pelaburan unit amanah, semua ni akan dikawal oleh orang lain yang majoritinya makan gaji. Mereka tak kisah sama-ada saya ada wang yang cukup untuk bersara. Mereka tak kisah kalau saya mahu hantar anak saya belajar keluar negara dan saya perlukan dana minimum RM1 Juta untuk tujuan ini.

3. Saya tak mahu bayar yuran pengurusan. Dalam pelaburan jenis unit amanah, pihak pengurusan biasanya menggaji berpuluh/beratus orang makan gaji yang bijak pandai untuk menguruskan pelaburan ini. Gaji mereka ini dibayar oleh yuran pengurusan (Management Fee) yang berkadar 1%-6%. Orang yang tak punya duit besar macam saya, akan rasa yang management fee ni mahal.

4. Lebih percayakan diri sendiri dari org lain. Saya belajar banyak untuk pastikan saya boleh uruskan harta sendiri. Saya beli hartanah pertama lepas belajar 2 tahun secara sendiri. Saya mula belajar dari tahun 2003 dan beli rumah pertama tahun 2005. Saya mula melabur hartanah secara besaran dan berani membeli lebih dari 20 hartanah hanya mulai dari tahun 2008. Dah 5 tahun belajar baru berani melabur besar-besaran. Kalau saya letakkan duit dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tak tahu siapa yang uruskan wang saya, kredibiliti mereka atau prestasi masa lampau mereka. Saya hanya boleh letak dan berdoa sahaja yang mereka tidak akan buat kesilapan.

5. Saya boleh dapatkan pulangan lebih 30% jika buat sendiri dalam pelaburan hartanah. Ada hartanah yang saya beli pulangannya lebih dari 50% tiap-tiap tahun, ada yang lebih dari 100% setahun. Rezeki tu datang dari Allah dan so far masih belum pernah ada kerugian melabur dalam pelaburan hartanah sebab saya buat banyak kajian sebelum membeli setiap hartanah. Alhamdulillah.

Post ini bukan dibuat untuk cemuh mana-mana pihak. Sekadar perkongsian pendapat peribadi dari saya. Bila kita melabur dalam unit amanah, nasib pelaburan kita jatuh ke tangan orang yang bantu kita buat pelaburan itu. Memang di luar kawalan kita. Benda ni (unit amanah) dah lama ada, cuma yang saya tak faham kenapa baru-baru ini sahaja ramai yang mula nak meraung dan jadi pakar ekonomi di Facebook.

Saya ni jenis yang lebih rela rugi duit kerana kesilapan sendiri, dari orang lain yang buat silap dan merugikan saya. At least saya dapat belajar dari kesilapan saya dan melabur lebih baik pada masa akan datang. Untuk SEMUA jenis pelaburan, kita kena buat 3 step ini:

BELAJAR, FAHAMKAN, DAN BARU MELABUR.

Kalau anda belum belajar dan tak faham, jangan melabur. Takut melebur nanti.

faizul-ridzuan-1

Kerana 5 hujah di atas, beliau menerima berbagai komen dan pandangan dari para pembaca. Berikut adalah sambungan 5 hujah tambahan dari Faizul Ridzuan:

Salam semua, terima kasih atas semua komen dan pendapat. Pendapat saya dibawah adalah untuk menjawab banyak soalan dan pertanyaan yang ditujukan pada saya :

1. Ada yang kata pulangan saya yang lebih 30% tu tinggi sebab saya ambil risiko yang tinggi. Ini tak benar. Pada saya, risiko saya lebih rendah dari pelaburan unit amanah seperti ASB atau Tabung Haji. Kalau ada ilmu, anda boleh mengurangkan risiko anda seminima yang boleh. Risiko kita akan tinggi bila kita tak tahu apa jenis pelaburan yang kita buat.

2. Ada yang kata pelaburan hartanah adalah untuk orang yang bermodal tinggi sahaja. Kalau anda pernah baca buku saya, anda akan tahu yang saya dah beli lebih dari 10 hartanah secara PERCUMA. Kalau ada ilmu bukan susah nak beli hartanah tanpa pakai duit.

3. Majoriti pelaburan saya (99%) adalah dalam hartanah. Baki 1% dalam saham yang dibeli sendiri. Portfolio saham saya kecil sahaja, pulangan saya tahun lepas dari pembelian saham adalah 40%. Main saham secara suka-suka. Saya percaya kalau kita nak pandai dalam suatu ilmu, kena ada fokus. Saya tak percaya kepada pemecahan aset ( asset diversification ) kerana kalau anda tengok mana-mana pelabur bertaraf dunia, mereka pun tak suka asset diversification. Warren Buffet pernah cakap yang asset diversification adalah untuk mereka yang tak pasti apa mereka tengah buat. Siapa beliau? Dia adalah pelabur nombor 1 di dunia.

4. Saya pilih hartanah sebab saya nak kawal pelaburan dan duit saya. Kalau anda tak setuju dan masih mahu melabur dalam unit amanah, terpulanglah kepada anda. Itu duit anda. Tapi jangan bising pula apabila fund manager anda pergi membeli tanah/aset/saham pada harga yang anda sendiri rasa melampau.

5. Kalau anda melabur dalam unit amanah sebab tiada masa untuk belajar sendiri, saya faham. Ramai client saya di FAR Capital Sdn Bhd juga meminta saya melabur untuk mereka kerana mereka sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Tapi saya akan jelaskan kepada mereka kenapa, di mana, dan sebab saya melakukan pembelian hartanah tersebut untuk mereka. At least mereka faham apa yang saya beli, SEBELUM saya buat pembelian. Fund manager unit amanah anda sekarang ada buat penjelasan sebelum mereka beli?

Belajar dahulu, baru melabur. Saya doakan anda semua lebih kaya dan berjaya.

Anda boleh ikuti berbagai komen dan pandangan dari follower beliau tentang isu ini di fb wall beliau di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram