Jet tempur menjadi aset penting bagi setiap negara kerana menjadi benteng utama dalam menghadapi serangan udara daripada musuh. Jadi, pada saban tahun setiap negara akan memperkuatkan aset negara dengan menambah jumlah jet tempur seiring teknologi terkini.
Di Asia, sejumlah negara di bawahnya mempamerkan bukan sahaja keadaan ekonomi yang progresif malahan kekuatan ketenteraan yang dominan setaraf dengan benua yang lain.
Bersempena acara LIMA yang bakal berlangsung pada 20 Mei kelak, apa kata kita mempelajari sejauh mana kekuatan ketenteraan terutamanya jet tempur untuk benua Asia ini.
Menurut data terkini dari Mei 2025, berikut adalah perkiraan peringkat beberapa negara di Asia berdasarkan jumlah jet tempur yang dimiliki:
- China: Memiliki angkatan udara terbesar di Asia dengan sekitar 1.500 unit.
- India: Menduduki peringkat kedua dengan perkiraan sekitar 800 unit.
- Pakistan: Dimaklumkan memiliki sekitar 450 unit.
- Korea Selatan: Memiliki sekitar 400 unit.
- Jepun: Dianggarkan memiliki sekitar 350 unit.
- Taiwan: Memiliki sekitar 300 unit.
- Iran: Direkodkan memiliki sekitar 200 unit.
- Indonesia: Dilaporkan memiliki sekitar 110 unit.
- Thailand: Mempunyai aset jet tempur sebanyak 70 unit.
- Vietnam: negara ini memiliki sekitar 50 unit pada ketika ini.
China tetap mendominasi tangga teratas kerana sentiasa memperbaharui dan memperluas armada jet tempur hasil buatannya sendiri yang serba canggih dan sudah mencapai generasi ke-5 seperti Chengdu J-20.
India pula telah melaburkan sejumlah besar wang untuk kekuatan pertahanan udara dengan mendapatkan pelbagai variasi jet tempur seperti Sukhuoi Su-30MKI dari Rusia, Dassault Rafale dari Perancis dan HAL Tejas hasil produksi negaranya sendiri.
Seperti negara jiran terdekat iaitu Indonesia dan Vietnam masih beroperasi dengan model Sukhoi yang mana terbukti telah mempamerkan prestasi yang cukup hebat sejak sekian lama serta ditawarkan dengan harga kompetitif.
Walaupun negara ini tiada di dalam senarai 10 teratas, ia tidak bermakna kita tidak mempunyai sistem pertahanan udara yang hebat kerana Malaysia sedang aktif memperkuat dan memodernisasi armada jet tempurnya melalui pembelian baru dan program pemeliharaan serta peningkatan yang sedang berjalan.
Potensi deal untuk F/A-18 bekas Kuwait dapat menjadi solusi jangka pendek yang signifikan untuk meningkatkan kemampuan pertahanan udara negara. Sementara itu, penilaian untuk pengganti jangka panjang armada yang ada terus berlanjut dengan beberapa pilihan menarik dari berbagai negara.