Mahu menurunkan berat badan, seseorang itu perlulah memastikan kalori yang diambil kurang daripada kalori yang digunakan. Dengan cara itu baru badan kita akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga apabila kalori yang masuk kurang.
Tapi, nak jaga kalori yang diambil bukan mudah terutama apabila kita baru hendak bermula. Kadang-kadang kita makan snek yang kita rasa rendah kalori tapi sebenarnya satu bungkus sudah bersamaan makan tengahari dan malam. Jadi, di bawah ialah tip dan cara untuk kurangkan kalori supaya berat badan kurang dan badan kekal cantik.
1. Berhenti minum air berkalori
Walaupun jus buah dan susu adalah minuman yang sihat, namun jika diambil tanpa kawalan anda akan menambah kalori tanpa sedar. Cara terbaik ialah minum air kosong. Jika anda penggemar kopi cuba minum tanpa gula.
2. Makan lebih kerap
Makan lebih kerap dengan kuantiti kecil lebih baik daripada makan sekali sekala tapi dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana makan dengan kerap membuatkan anda berasa kenyang sepanjang masa. Selain daripada itu dapat memaksimakan kadar metabolisma badan anda.
3. Tukar ke daging putih
Jika anda penggemar daging merah seperti kambing, sudah sampai masanya anda tukar ke daging putih seperti ayam dan ikan. Daging putih lebih kurang lemak berbanding daging merah. Dan kurang kalori.
Berkaitan: 6 Resipi Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan Dan Mudah Disediakan
4. Gunakan perasa makanan berkalori rendah
Sos, mayonis dan sos salad antara dua perasa yang digemari dan tinggi kalori. Cuba tukar perasa ini kepada perasa yang lebih organik dan kurang manis. Anda boleh tukar sos salad dengan minyak zaitun.
5. Kecilkan saiz hidangan
Cara ini paling sesuai kalau makan di luar. Selalunya portion makanan di restoran besar. Jadi, kongsikan hidangan utama anda dengan pasangan atau kawan.
6. Berhenti menggunakan gula tambahan
Masakan tempatan memang terkenal dengan penggunaan gula yang tinggi. Ia menjadi satu tabiat yang sukar dielak. Tapi apabila anda mampu mengawal gula dalam badan, anda tidak akan mahu gula lagi.
7. Kekal terhidrat
Minum air putih secukup-cukupnya sepanjang hari. Ia dapat mengurangkan rasa lapar.
8. Pilih makanan yang segar
Memakan daripada sumber yang segar dapat menghindarkan anda mengambil kalori daripada makanan tambahan.
9. Jangan tinggal sarapan
Kajian menunjukkan, mengambil sarapan pagi dapat mengawal dan merancang pengambil makanan anda sepanjang hari.
10. Tidur awal
Tidur awal dapat mengelakkan anda makan lewat malam dan mengambil snek yang tidak sihat.
11. Makan di rumah
Apabila makan di restoran, anda cenderung untuk memesan lebih daripada sepatutnya seterusnya mengambil lebih kalori yang tidak diperlukan.
12. Pilih bahan menu baking yang lebih sihat
Apabila ingin membuat kek/dessert, kurangkan gula kepada separuh bahagian dan lemak kepada 1/3. Walaupun pengurangan bahan tersebut ,anda masih akan mendapat rasa yang sedap.
13. Minum protein sebelum tidur
Protein ialah nutrisi keperluan untuk anda. Ia dapat menampung keperluan protein yang tidak mencukupi akibat pengurangan kalori seharian yang dilakukan. Antara protein yang berkualiti dan murah ialah Mesotropin HydroWhey.