1 Januari 2017 jatuh pada hari Ahad ini. Malam sebelumnya pasti meriah dengan sambutan ambang tahun baru. Menunggu detik jam 12 tengah malam dan melihat percikan bunga api memerangi langit dengan pelbagai warna dan bentuk itu.

Ya, aktiviti klise masyarakat dunia pada malam tersebut. Namun begitu, bukan semua orang menyambutnya sebegitu. Ada saja aktiviti lain yang dilakukan. Jadi, saya nak kongsikan 15 cara sambut malam ambang tahun baru yang biasa dilakukan oleh orang kita.

Makan-Makan

1. Pesan penghantaran makanan segera atau masak Maggi dan makan seorang diri, as always.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru
Gambar: eatthis.com

2. Berkumpul adik-beradik di rumah ibu bapa. Lagi menarik buat potluck atau sama-sama masak tanpa penat di dapur.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru
Gambar: http://youqueen.com/

3. Makan di spot menarik bagi kaki makan seperti di Menara KL, pesta makanan halal Malaysia-Thailand atau cari guna aplikasi Jom Makan.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

Tonton

4. Tengok pelbagai rancangan TV yang dah disusun khas untuk malam ambang tahun baru. Lebih-lebih lagi ada home movie theater yang mengasyikkan di rumah.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

5. Tonton filem best 2016 yang tak sempat ditonton sebelum ini di internet atau TV internet. Kalau tak tahu nak pilih yang mana, boleh baca 10 Filem Malaysia Yang Terbaik Pada 2016.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

6. Pergi menonton di pawagam yang menayangkan filem-filem terbaru. Sebelum itu boleh baca review tentang Assassin’s Creed, Rogue One: A Star Wars Story, dan Dangal.

Istirahat

7. Golek-golek atas katil dan tidur. Lebih-lebih lagi ada katil dan bilik tidur yang selesa macam di tempat percutian.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

8. Ada duit lebih dan tak kisah nak redah jalan sesak, tempah tempat peranginan di luar kawasan tempat tinggal terutama vila ada kolam renang peribadi. Chillex!

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

9. Ada juga orang buat macam hari-hari biasa sahaja. Cuti dan rehat sambil membaca guna skil speed reading di ruang bacaan atau bertukang dengan kayu pallet.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru
Maya Karin dengan buku Die Entscheidung der Hebamme karya Sabine Ebert.

Internet

10. Scrolling media sosial. Like dan share apa yang best. Tulis anything related to Tahun Baru. Agak-agak apa resolusi popular tahun 2017?

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

11. Hantar mesej Selamat Tahun Baru 2017 kepada keluarga dan rakan-rakan. Kalau ada gambar menarik seperti meme, hantar sekali.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

12. Baca artikel-artikel di Vocket pun boleh. Masa inilah nak dapatkan inspirasi dan positive vibes bagi menghadapi tahun 2017 kelak. Boleh mulakan dengan 12 artikel top kami di sini.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

Sosial

13. Berkumpul di tempat-tempat yang famous di malam tahun baru seperti Jalan Bukit Bintang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, The Curve, 1Utama dan KLCC atau hadiri konsert Ambang Tahun Baru.

14. Join the crowd di majlis-majlis keagamaan seperti masjid yang mengadakan solat berjemaah dan karnival masjid di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru
Gambar: Facebook Jom Gi Kuliah

15. Pilih spot yang akan nampak cantik percikan bunga api terutama di atas bangunan dan bukit.

15 Cara Orang Malaysia Sambut Ambang Tahun Baru

Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan dengan kami di ruang komen.