Saya selalu menulis, zaman ini zaman aspirasi bukan zaman motivasi lagi. Kita lebih mengkagumi “apa yang awak buat, bukan apa yang awak cakap”.
Beberapa hari lepas saya berkesempatan belajar dengan Tokoh Usahawan Wanita yang luar biasa berjaya dan bermula sebagai suri rumah sepenuh masa.
Beliau bukan pernah bekerja dengan mana-mana agensi korporat terkemuka melainkan membesarkan 6 anak lelaki yang kacak semuanya.
Dari bahasa dan tuturkatanya memang benar, beliau bukan pakar motivasi yang terkenal itu. Tiada intonasi dan tekanan pada suaranya, tiada lawak jenaka, semuanya sekata tetapi kejayaannya harus jadi aspirasi semua wanita suri rumah tangga.
Produk Siti Khadijah bukan berasal dari Kelantan, ia usaha anak Perak yang berjaya cipta nama. Pernah terlibat dengan pelbagai skim MLM yang akhirnya menghabiskan banyak duitnya, impian murni seorang isteri adalah membantu suami selain jadi suri hatinya.
1. Pesannya, mulakan sesuatu awal pagi, tulis impian di atas kertas dan selepas 10 tahun impian yang ditulis akhirnya tercapai.
2. Beliau bermula dengan telekong yang selesa, menyelesaikan masalah keselesaan wanita ketika menunaikan solat. Menaikkan taraf telekong sekadar ada kepada yang selesa dan nyaman diguna.
3. Anggapan orang bahawa orang lebih pentingkan handbag, baju dan tudung ternyata salah. Kesedaran beragama dan ekonomi yang baik menjadikan kejayaan utama
4. Pernah terlibat dengan bankrupcy dan bermasalah dengan CCTOS tetapi mereka berjaya selesaikan dan tak lari dari masalah.
5. Bermula sebagai syarikat enteprise pada 2009 di Cheras dan pada tahun 2010 menjadi syarikat sdn bhd di Bangi.
6. Mendaftar jenama Siti Khadijah di Mypo secara sendiri bagi elak di ciplak oleh orang lain.
7. Mereka juga menghadapi isu cetak rompak apabila jenama SK mula di ‘keluarkan’ oleh Vietnam sebagaimana isu tudung Nelofa.
8. Beliau tiada mentor sebenarnya, bermula berdasarkan gerak hati seorang wanita dan isteri untuk keperluan solat yang lebih selesa.
9. Banyak ilham itu datangnya dari Allah Swt dan bukannya dari kaedah pemasaran dan stategik perniagaan Barat.
10. Tagline ‘Lambang Cinta Abadi’ itu luar biasa. Katanya ” kita tak boleh beri rasa khusyuk, tetapi kita boleh beli rasa selesa”.
11. Mereka ada pasukan pemasaran yang luarbiasa dan memiliki billboard terbesar di lebuh raya.
12. Sasaran awal mereka adalah wanita 35 tahun keatas dan kali pertama muncul iklan di majalah wanita.
13. Falsafah beliau luar biasa, “Tempat wanita itu tetap di sisi suami, dirumah dan anak anak tercinta”. Sebagai usahawan berjaya, beliau masih setiap hari makan bersama keluarga pagi, tengahari dan malam.
“Utamakan yang utama”
14. Kebahagian rumah tangga itu lebih penting, menjadi suri hidup Tuan Amiruddin pada usia 20 tahun.
15. Mereka memiliki kilang bumiputera gergasi di sini dan di luar negara dengan penghasilan tudung 1700 helai sehari. Mesin kilang baru yang dibeli akan menghasilkan 3000 telekong sehari selepas ini.
16. Pesan suaminya, jaga solat jemaah sepanjang masa dimasjid kawasan rumah kita.
17. Pesannya, network sangat penting, branding sangat penting dan ilmu perakuanan.
18. Jadi ushawan bukan sebab benci boss, bosan kerja atau letih kerja. Mesti konsisten berusaha.
19. Punca tak dapat pembiayaan kerana kita tiada akaun yang tersusun.
Jika ada yang kata telekong mereka mahal dari orang lain, saya kira kita kena lihat kembali beg tangan dan kasut tinggi kita. Nak berjumpa Tuhan kita masih berkira kira.
Saya teruja dan tumpang kagum dengan usaha murni mereka. Sumbangan dan usaha kebajikan mereka juga sangat luar biasa, biarlah jadi rahsia antara saya, peserta seminar dan yang maha pencipta.
Beberapa hari lepas juga mereka menerima Anugerah Perdana SME anjuran Bank Islam dan Utusan atas pencapaian luar biasa ini. TAHNIAH. Semoga Siti Khadijah kekal sebagai legasi yang baik di hati ummah dan terus berjaya doa kami semua.
Azizul Azli Ahmad
Menjadi Kaya Itu Mulia