Kes 1MDB masuk ke episod baharu apabila mahkamah jenayah Malaysia mengeluarkan perintah pembekuan terhadap akaun bank milik seorang putera Arab Saudi, Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud, dan 12 juta saham milik bekas penasihat media Najib Razak, Paul Geoffrey Stadlen, lapor MalaysiaKini.

Tindakan ini diambil berikutan dakwaan bahawa dana tersebut berkait rapat dengan skandal kewangan 1MDB yang menggemparkan negara.

1MDB: Apa Yang Terjadi?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk membekukan lebih AS$4.5 juta (RM21 juta) dalam akaun bank Putera Faisal di Riyadh, Arab Saudi.

1mdb

Selain itu, 12 juta saham milik Stadlen yang dipegang oleh sebuah syarikat pengurusan aset di United Kingdom (UK) turut dibekukan.

Menurut pendakwaan, wang dalam akaun Putera Faisal didakwa berasal daripada dana 1MDB, manakala saham Stadlen pula dibeli menggunakan lebih AS$100 juta (RM470 juta) yang didakwa diselewengkan daripada tiga projek infrastruktur utama Malaysia:

  1. Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
  2. Saluran Paip Gas Trans-Sabah
  3. Saluran Paip Pelbagai Produk
  4. Kaitan dengan Skandal 1MDB

Skandal 1MDB telah lama menjadi isu hangat di Malaysia, melibatkan penyelewengan dana berbilion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara.

1mdb

Putera Faisal adalah antara individu Arab Saudi yang didakwa menyumbang dana kepada Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Najib sendiri sedang menghadapi perbicaraan atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion.

Sementara itu, Paul Stadlen, bekas penasihat media Najib, didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan RM15 juta.

Walaupun beliau tidak hadir ke mahkamah pada 2019, Stadlen mencapai penyelesaian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2021 dengan mengembalikan RM7.1 juta kepada 1MDB secara sukarela.

1mdb

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, menjelaskan bahawa Peguam Negara Malaysia akan bergantung kepada Bantuan Perundangan Bersama (MLA) untuk menyampaikan perintah mahkamah ini kepada Arab Saudi dan UK.

Namun, keputusan untuk mematuhi perintah pembekuan ini terletak sepenuhnya kepada kerajaan kedua-dua negara tersebut.