Saya ingin berkongsi itinerari ke Yogyakarta yang dikunjungi pada 21 Mei – 25 Mei 2017. Trip ini adalah selama 5 hari 4 malam.
Ahad (21 Mei 2017)
1. Taman Sari (15,000 IDR / seorang)
Aktiviti : Taman Sari juga dikenali sebagai water castle. Perjalanan bermula dari pintu masuk (timur) dipanggil Gapuro Panggung. Nak masuk ke tangga 5 cabang tu agak mengelirukan sebab kena masuk jalan kecil.
Perhatikan sekeliling sebab terdapat banyak grafiti di dinding untuk anda ambil gambar kenang-kenangan. Kalau nak memudahkan serta nak tahu sejarah tempat, boleh ambik tour guide di sekitar situ.
Bonus : Banyak dinding grafiti cantik.
Kekurangan : Susah nak dapatkan gambar yang jelas sebab ramai orang. Elakkan pergi hari minggu. Jalan di sini juga sedikit mengelirukan dan agak memenatkan sebab berbatu kecil serta berbukit.
Makanan :
Air kelapa muda : 5000IDR secawan
Bakso di Bakso Asli Daging Sapi (Tulmud) : 10000IDR semangkuk
2. Gumuk Pasir (5000 IDR per orang)
Dinasihatkan untuk pakai selipar sebab pasir berdebu. Di sini juga ada disediakan props untuk ambik gambar seperti love dan buaian. Kalau nak cuba sand-boarding pun boleh tapi harga tak pasti sebab saya tak cuba disebabkan cuaca terlampau panas. Kegiatan ambil gambar pra perkawinan banyak kat sini tapi semuanya dikenakan bayaran.
Bonus : Banyak prop untuk bergambar
Kekurangan : Cuaca panas dan pasir berdebu halus akan masuk ke dalam kasut.
3. Pantai Parangtritis (free)
Aktiviti : Boleh jalan-jalan dan ambil angin. Ini salah satu lokasi penggambaran AADC2, scene Cinta bersama kawan-kawan dia. Kalau rasa nak naik kereta kuda pun boleh tapi harga saya kurang pasti sebab tak naik.
Kekurangan : Ramai pengunjung sebab ini adalah tempat rekreasi mereka yang berkeluarga. Juga ada bau tahi kuda di merata tempat.
Bonus : Cantik ketika matahari terbenam.
Makanan : Air kelapa di gerai di sini berharga 12000IDR.
4. Makan malam di Warung Makan Cak Koting Bebek & Ayam Goreng
Sangat saya syorkan anda makan ayam, burung dan itik bakar sebab sangat sedap. Daging empal pun sedap. Jangan lupa order skali dengan teh botol untuk hilangkan rasa sambal yang sangat pedas. Harga ayam/burung/itik dalam lingkungan 22000 IDR – 27000 IDR.
5. Alun-Alun Kidul Alked (60000 IDR untuk 2 kali pusing
Aktiviti: Boleh lah nak cuba naik kereta berlampu sambil karaoke. Untuk satu pusingan adalah 40000 IDR tapi jika terus ambil 2 pusingan, harga akan jadi 60000 IDR ,jimat dalam 20000 IDR.
Kekurangan : Penat kena kayuh sikit-sikit sebab terlampau sesak dengan kereta berlampu. Juga rimas dengan penyanyi jalanan yang akan paksa kita bagi tips. Sediakan duit kecil awal-awal ,1000 IDR pun dah ok.
Bonus : Semua kedai makan adalah santai, boleh duduk bersila di atas lantai atau boleh pilih makan di padang berhadapan dengan bercahayakan lampu meja.
Makanan :
Jagung Rebus
Pisang bakar
6. Angkringan Kopi Joss
Yang ini wajib cuba bila dah ke sini. Kopi yang diletakkan bersama arang. Rasanya sedap cuma kalau minum sampai habis akan rasa habuk arang. Harga secawan adalah 5000 IDR. Di sini ada jual juga sate ayam, sate lemak ayam, sate paru,kerang dan juga kepala ayam.
Isnin (22 Mei 17)
7. Setumbu (30000 IDR per orang)
Aktiviti : Kalau nak tengok matahari naik kena sampai di sini sekitar pukul 4 pagi sebab nak panjat bukit. Untuk solat subuh, ada banyak surau di sekitar kampung.
Kekurangan : Terlampau banyak tangga dan bukit nak sampai ke puncak. Pastikan pakaian adalah sesuai dan air mineral jangan lupa bawa.
Bonus : Banyak props dan spot untuk ambil gambar. Kalau jenis gayat tak disarankan untuk ke sini. Sebab semasa ambil gambar, risiko adalah atas tanggungan sendiri. Semua spot adalah daripada kayu dan kebanyakannya di tebing bukit dan di bawahnya gaung. Ada masa sewaktu naik, bergoyang juga.
8. Gereja Ayam (30000 IDR per orang)
Aktiviti : Daripada bukit setumbu boleh turun terus ke gereja ayam. Di sini juga adalah lokasi AADC2, Cinta dan Rangga tengok matahari naik.
Gereja ini boleh masuk ke dalam dan naik ke atas melalui tangga sempit dan kecik. Lepas gereja ini tidak digunakan, ia dijadikan sebagai pusat pemulihan dadah.
Kekurangan : Ada tempat yang tidak boleh lalu sebab di bawah untuk proses pembaharuan.
Makanan : Orang yang guide kitaorang bagi makan ubi kayu bakar bersama sambal. Sangat sedap.
Bonus : Kalau nak ambik gambar dari puncak dan nak bagi nampak bentuk ayam, boleh guna Go Pro untuk gambar menyeluruh.
9. Makan di Waroeng Spesial Sambal (SS)
Harga makanan di sini sangat murah, boleh pilih dan bakar atau penyet pada rate harga sama iaitu 10000 IDR – 18000 IDR.
10. Candi Borobodur (520000 IDR per orang – tiket kombo dengan Prambanan)
Aktiviti : Ambil gambar di sekitar kawasan candhi.
Kekurangan : Tangga yang tinggi dan perjalanan dari pintu masuk ke candi agak jauh.
Bonus : Kalau datang di waktu matahari naik memang cantik dan kurang orang. Untuk tengok matahari naik bayaran berasingan dikenakan dan bukan bersama bayaran masuk.
11. Klinik Kopi (20000 per orang)
Lokasi shooting AADC2 juga. Nak datang sini kena ambik nombor, kami tunggu giliran dalam tempoh 1-2jam.
Dinasihatkan awal-awal tempat ini hanya sesuai untuk peminat kopi tegar. Tiada disediakan gula atau susu, just a fresh brewed coffee.
Sebelum order kopi dia akan terangkan kopi mana yang yang sesuai dengan kita sebab tu mengambil masa yang lama. Satu shot kopi adalah 20000 IDR dan kek blueberry cheese wajib cuba! Sedap gila dan cuma 15000 IDR. Rasa kopinya adalah pahit dan masam, selamat mencuba.
12. Marlioboro
Tempat untuk beli souvenir. Di sini keychain dan fridgemagnet boleh dapat dengan harga 10000 IDR untuk 5. Baju tshirt 30000IDR sehelai (lengan pendek), untuk lengan panjang 40000 IDR.
Kualiti bagus dan kain sejuk. Kalau nak beli beg pouch (1 set, 5 anak) macam untuk isi mekap tu boleh dapat dalam harga 15000 IDR – 20000 IDR tapi kalau rajin cari boleh dapat dalam harga 10000 IDR.
Selasa (23 Mei 2017)
13. Merapi (matahari naik)
Aktiviti : Bergerak di awal pagi dalam pukul 4 pagi. Supir akan bawa ke rumah jeep. Harga jeep untuk naik 4 orang termasuk pemandu adalah 450000 IDR.
Dia akan bawa ke tempat yang nampak Gunung Merapi dengan jelas. Selepas puas jalan di sekitar Merapi, kita akan dibawa ke muzium untuk lihat sisa letusan Gunung Merapi.
Oh ya, untuk yang akan mendaki Gunung Merapi, anda akan di bawa ke jalan seberang, bukan jalan yang sama.
Bonus : Supir yang pandai ambi gambar silhouette berlatar belakang kan matahari naik. Boleh bergambar sakan juga di jeep dan kena cepat untuk dapatkan gambar jeep di tepi tebing gunung sebab spot tu selalu penuh.
Kekurangan : Jalan yang sangat tak selesa sebab banyak lubang dan tidak berturap. Yang duduk belakang dinasihatkan berdiri daripada duduk sebab sakit bila terhentak.
Balik rumah salin baju sebab masih awal dan juga bersarapan di hotel. Kami dijamu dengan nasi rames. Sedap gila!
14. Prambanan (520000 per orang – tiket kombo dengan Borobodur)
Aktiviti : Di sini kami luangkan masa sekejap saja sebab lebih kurang dengan Candi Borobudur. Tapi di sini lagi ramai pelawat berbanding di Candi Borobudur.
Bonus : Berjalan sekeliling candi dan di bahagian belakang akan ada timbunan batu yang cantik untuk ambil gambar.
15. Tebing Breksi (tiada harga tetap)
Tiada apa yang menarik kat sini. Cuma bergambar di tebing. Kalau nak ambil gambar dengan burung hantu pun percuma cuma boleh bagi derma sedikit di tabung yang disediakan.
Makanan
Bakso tusuk : 5000 IDR percawan
Nasi Gudeg : 12000 IDR
16. Ratu Boko (175000 per orang)
Aktiviti : Orang kata Ratu Boko adalah tempat paling cantik untuk lihat matahari naik dan memang ramai yang tunggu untuk sunset. Untuk masuk dengan harga murah, sila beli tiket selepas 3pm. Ini pun lokasi AADC2. Kalau nak pergi kena jalan turun naik bukit dan tangga sampai ke belakang.
17. Sellie Coffee
Aktiviti : Tempat makan makanan ringan yang best. Menu mesti dicuba adalah roti bakar inti coklat yang ditabur cheese berharga 10000 IDR dan juga sangat disarankan untuk cuba nasi goreng dan chocolate mint. Ini adalah tempat dialog ikonik AADC2 “Rangga yang kamu lakukan ke saya itu, jahat”.
Rabu (24 Mei 2017)
18. Bukit Mojo (2000 per orang, sarang burung dan bunga matahari – 3000 IDR per orang)
Aktiviti : Ambil gambar kat spot sarang burung. Kena pergi awal pagi untuk dapatkan view matahari naik dan kabus. Semua spot free kecuali yang dinyatakan di atas. Jalannya kena panjat bukit tapi tak tinggi mana bukitnya. Masa naik sarang burung kena hati-hati sebab sedia maklum sarang burung tu dia pacak kat tebing dan bawah tu gaung.
19. Jurang Tembelan (free)
Yang ni hot spot kabus yang kedua. Tak ada bayaran dikenakan.
Makanan :
Tauhu goreng 500 IDR
Jemput-jemput 500 IDR
Pisang goreng 500 IDR
20. Hutan Pinus (2000 IDR per orang)
Aktiviti : Di sini boleh ambil gambar di pokok ala-ala twilight lepas tuh boleh cuba naik hammock. Sila ambil maklum hammock akan mula dipasang pada jam 10 pagi ke atas dan dikenakan bayaran. Boleh cuba panjat rumah pokok di sekitar sini tapi rumah ni bergoyang sebab ia dibuat dari ranting, buluh dan rotan.
Makanan :
Kami makan di gerai konsep macam atas pokok. Total untuk 3 Indomee bersama telur mata, 2 white coffee dan 1 milo cuma 39000 IDR. Makan maggi goreng je pun tapi nikmat lain macam bila atas pokok. Hehe.
21. Bukit Seribu Batu (Rumah Hobbit) (2000 per orang)
Ada rumah hobbit untuk ambil gambar di sini. Tapi memang ramai orang datang ambil gambar di sini walaupun masih pagi buta.
22. Goa Pindul (water tubing) (150000 per orang)
Harga yang dinyatakan di atas termasuk kasut getah dan jaket keselamatan. Di sini dia akan bawak masuk ke dalam gua, ditunjukkan kelawar dan batu-batu gua tu.
Bagi yang bawa gopro sila ikat kat tangan ketat-ketat , yang bawa telefon sila beli pelindung atau beg kalis air dan kalau pakai ermin mata hitam, pastikan kemas sebab jika terjatuh ke dalam air memang tak boleh dapat balik.
Pastikan bawa baju lebih untuk mandi di air terjun dan boleh main cliff jumping kat situ kihkih. Jangan lupa pakai sunblock sebab di sungai ni panas kesan terbakar dia lain macam. Tandas dan tempat salin baju kat sini sangat bersih.
23. Pantai Timang
Aktiviti : Tak lain tak bukan naik gondola, 200000 IDR per orang atau titi 150000 IDR per orang. Sila pergi di waktu petang untuk sunset sebab sangat cantek. Untuk ke Pantai Timang ada 2 pilihan samada nak naik motor atau jeep.
Kami pilih jeep, 350000 IDR per jeep untuk 4 orang termasuk pemandu. Untuk ambik gambar di tebing air akan dikenakan caj 5000 IDR. Buat acah-acah dapat free.
Kekurangan : Basah kuyup kena air ombak kalau pergi petang dalam jam 4-5 pm. Gandola terakhir jam 5pm ye.
Bonus : Pemandangan menarik sewaktu matahari terbenam.
Makanan : Set lobster (600000 IDR). Boleh ambil 3 lobster besar atau 6 lobster kecil.
Teh o ais untuk 3 gelas
Satu dulang nasik untuk 3
Lobster masak sambal timang
Ulam
Sotong celup tepung
Sambal
Baca: Pengembaraan 3 Hari 2 Malam Kami Di Jogjakarta Hanya Dengan ‘Ground Cost’ RM170
Khamis (25 Mei 2017)
24. Kalibiru. Bayaran masuk 10000 IDR per orang
Setiap spot (15000 IDR per orang)
Kalau boleh minta supir tempahkan dahulu. Jadi tak perlu beratur panjang sebab sangat ramai orang beratur tunggu giliran terutama di hujung minggu atau cuti umum.
High rope games 35000 IDR per orang
Flying fox
Rock Climbing
Line bright ropes
Spider webs
Gambar : 5000 IDR per foto, minimum 4 gambar. Gambar akan dapat softcopy terus masuk ke memory card.
25. Tempo Gellato
Sangat disarankan untuk ambi yang kon, 25000 per kon akan dapat 2 cedok perasa berbeza. Wajib cuba sebab sangat sedap dan kedai dia sangat cantik. Pengunjung pun ramai.
Nota tepi:
- Anggran perbelanjaan dalam RM 1500 per orang tak termasuk tiket penerbangan.
- Tiket penerbangan RM328 (AirAsia tidak masuk luggage)
- Tukaran wang : RM998 = 3 Juta 30 Ribu IDR
- Supir : 450000 per hari. Total : 2 juta 250 ribu IDR
- Penginapan : Rumah Kandjani untuk 3 orang beserta sarapan. Sangat selesa dan highly recommended. Harga 5 hari 4 malam adalah 2 juta 50 ribu IDR.
- Untuk baju boleh basuh di dobi sebelah hotel. Harga 1kg untuk siap hari yang sama 15000 IDR,ckalau hari esok 10000 IDR.
- Perlu kuat fizikal, bawa baju yang sesuai sebab banyak mendaki dan aktiviti lasak. Running shoe wajib ada dan baju-baju hijabista boleh tinggal di umah je.
- Untuk gambar guna iPhone 6, iPhone 7, Go Pro dan Sony WX500 Compact Camera (sesuai untuk zoom in sunset with 30x zoom)
- Pasal surau jangan risau sebab merata tempat ada. Tapi kebanyakan tempat tidak asingkan lelaki dan perempuan.
Selamat mengembara di bumi Yogjakarta. Harap dapat membantu dengan tips yang diberi di atas.
Baca lagi: 7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Jogjakarta, Indonesia