Siapa yang tidak ingin memiliki rumah sendiri, bukan? Sudah ada rumah, bolehlah dekorasi mengikut citarasa yang diidam-idamkan.
Tahukah anda bahawa terdapat 3 jenis hartanah di Malaysia? Seorang pengguna Twitter @aizatwms telah berkongsi ilmu berkaitan jenis hartanah di Malaysia untuk anda ketahui sebelum membeli rumah. Ayuh ikuti perkongsian beliau.
Dalam hartanah kat Malaysia ni ada 3 jenis, iaitu Undercon, Subsale & Lelong. Setiap satu ada kelebihan & kekurangan. Yang pasti, kena ada ilmu kalau nak beli rumah ni
Ini thread
— Wan Aizat🇲🇾🇵🇸 (@aizatwms) July 14, 2020
Undercon
Rumah yang dibeli daripada pemaju. Majoritinya rumah yang belum siap, tetapi ada jugak beberapa rumah yang sudah siap tapi belum terjual pun boleh dipanggil undercon.
Kelebihan untuk undercon ini adalah entry cost rendah. Maksudnya, booking RM 1000, SPA percuma, yang lain semua masuk pinjaman. Keluar duit RM1,000 sudah boleh beli rumah. Janji pinjaman lepas. Rumah baru dan boleh pilih unit mana anda nak. Installment ikut progress rumah. Rumah sudah siap, baru bayar penuh.
Bagi kekurangan beli hartanah undercon ini adalah rumah lambat lagi siap kalau tengah buat. Installment sudah kena bayar sikit sedangkan rumah tidak siap lagi. Ada risiko rumah tidak siap terutama sekali rumah baru di kawasan yang belum matang.
Subsale
Rumah yang dibeli daripada pemilik rumah ataupun orang panggil rumah secondhand. Asal beli dengan orang dipanggil subsale walaupun mungkin kita sudah jadi pemilik ke-3 atau ke-4.
Kelebihan beli hartanah jenis subsale ini adalah rumah sudah siap dan boleh tengok rumah dan kawasan. Biasanya kawasan yang matang. Installment bulanan berjalan apabila bank sudah disburst. Sepanjang proses tukar nama, tidak perlu bayar installment. Kos yang terlibat jelas dari segi lawyer fees, valuation dan deposit.
Kekurangannya pula, entry kos sederhana tinggi. Nak kena prepare 10% deposit, lawyer fees, loan agreement dan valuation. Sekurang-kurangnya kena ada 15% tunai ataupun akaun 2 KWSP daripada harga rumah. Tidak boleh pilih unit sesuka hati dan mungkin dapat harga yang jual above market value.
Lelong
Rumah yang sudah tidak mampu dibayar oleh pemilik dan dilelongkan oleh pelelong sama ada bank, lppsa ataupun mana-mana institusi kewangan. Rumah ini dibeli secara bidaan dan bidaan tertinggi akan menang. Biasanya bermula dengan reserve price sehingga ada orang bid paling tinggi.
Biasanya reserve price lelong ini murah berbanding subsale dan undercon. Ada potensi untuk dapat harga 50% below market value. Syarat rumah low cost pun terbatal bila masuk lelong. Jadi, ada peluang untuk beli rumah kos rendah.
Kekurangan untu beli hartanah secara lelong ini entry cost tinggi. Perlu sediakan 10% tunai daripada reserve price sebelum bida. Pinjaman kena pastikan confirm lulus. Kalau pinjaman reject lepas menang bidaan, duit 10% itu hangus. Banyak kos tersembunyi seperti tunggakan maintenance, cukai pintu ataupun cukai tanah.
Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin memulakan langkah membeli rumah untuk anda jadikan sebagai aset. Barulah anda tidak rasa rugi apabila membeli hartanah.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan hartanah yang mungkin anda berminat untuk ketahui. Klik sahaja pautan di bawah ini.
11 Perkara Perlu Dipertimbang Sebelum Anak Muda Beli Rumah Pertama
Mulai 1 Januari 2017, Rumah Pertama Bernilai Bawah RM300k Dikecualikan Duti Setem