3 Penyampai Radio terkenal telah meminta maaf secara terbuka kerana video persenda agama Hindu dalam konten terbaru mereka.

Nabil Ahmad, Azad JasminĀ  dan Radin sebelum ini menuai kecaman netizen apabila memuat naik video yang dianggap tidak menjaga sensitiviti kaum Hindu.

Netizen di X menulis: “Hai Era FM, sila jelaskan kepada kami kenapa 8 orang dalam pasukan kamu termasuk DJ kamu anggap persenda agama dan mantra Hindu itu benda kelakar?

“Adakah Azad Jasmin dan yang lain fikir bahawa tiada masalah untuk bersikap rasis dan persenda agama Hindu?”

Video tersebut segera dipadamkan daripada akaun media sosial radio tersebut.

3 penyampai radio kesal dengan kesalahan tanpa sedar

Dan tidak lama kemudian, 3 penyampai radio mereka telah membuat permohonan maaf dan kesal dengan perbuatan mereka yang dianggap dilakukan tanpa sedar.

3 penyampai radio terkenal itu berjanji akan memperbaiki diri mereka di masa akan datang.

Kenyataan bersama itu berbunyi: “Kami dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf atas kandungan kami baru-baru ini yang telah menyentuh sensitiviti ramai pihak khususnya rakan-rakan kami yang berbangsa India.

maaf

“Kami tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, dan kami amat menghormati kepercayaan serta nilai setiap individu. Kami akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

“Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen dan kritikan untuk memperbaiki diri kami terutama daripada pendengar setia ERA.

“Sekali lagi, kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan tanpa sedar yang kami lakukan. Maafkan kami.”

Pihak pengurusan radio terkenal tersebut turut menyusun 10 jari memohon maaf di atas ketelanjuran 3 penyampai radio mereka.

nabil era

Dalam kenyataan rasmi mereka, stesen radio tersebut berjanji bahawa mereka rtidak akan mengulangi kesilapan tersebut lagi di masa akan datang dan akan kekal peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling.

Siaran media permohonan maaf itu dimuat naik di Facebook rasmi radio tersebut.

era maaf
Foto: FB Rasmi ERA