Beberapa hari lalu, telah tular satu video yang memaparkan bagaimana pelancong dan YouTuber dari UK telah didatangi seorang polis yang dipercayai meminta duit kopi RM100 daripada mereka.
Polis trafik tersebut menyatakan bahawa di Malaysia, pemandu yang melanggar had laju boleh membayar saman di balai polis sebanyak RM300 atau bayar terus kepadanya di tepi jalan hanya RM100.
Baca Juga:
- Identiti Polis ‘Minta RM100’ Sudah Berjaya Dikenal Pasti
- JSPT Bukit Aman Siasat Polis Trafik ‘Minta RM100’
- Netizen Percaya Pegawai Trafik Ini Ambil Duit Kopi Daripada YouTuber UK
Pasangan tersebut terkejut kerana ternyata itu benar benar lebih murah dan lebih mudah tanpa perlu pergi ke bali polis berdekatan.
Selain itu mereka juga pelik kenapa mereka langsung tidak diminta menunjukkan sebarang dokumen seperti lesen memandu dan sebagainya.
Akur dengan arahan tersebut mereka dilihat membayar secara tunai RM100.
Bagaimanapun menjadi persoalan mengapa tidak dikeluarkan resit bayaran.
Bukan itu sahaja, mereka juga tidak diminta menunjukkan lesen memandu atau apa-apa dokumen sokongan.
— Juliana Sharin (@julianaNewsMPB) January 28, 2024
Insiden itu menjadi viral dan disiasat. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya mengesan video mengenainya yang tular di media sosial hari ini.
Katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang kononnya menawarkan ‘diskaun’ saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian.
“Jam 4.30 petang hari ini, JSPT mengesan video tular di platform YouTube dan lain-lain media sosial mengenai tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan diskaun ke atas pasangan dari UK yang sedang melakukan edisi jelajah Malaysia itu.
“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan itu dan tidak akan bertoleransi ke atas anggota dan pegawai terbabit,” katanya dalam kenyataan.
Hasil siasatan terdapat 3 orang anggota polis trafik yang terlibat.
Ketiga tiga mereka direman sejak Selasa lalu dan tempoh itu berakhir pada hari ini. Mereka disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Hari ini, Mahkamah Majistret telah menolak permohonan untuk melanjutkan lagi tempoh reman ke atas ketiga tiga polis tersebut. Ini kerana menurut peguam yang mewakili mereka, tiada mangsa yang tampil serta ada beberapa isu teknikal lain.
Menurut sumber Berita Harian, pihak akhbar itu telah menghubungi Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dan beliau mengesahkan ketiga-tiga suspek dibebaskan atas jaminan polis.
Walaubagaimanapun siasatan ke atas kes itu masih tetap diteruskan.
Mahkamah Majistret, Ipoh, hari ini menolak permohonan sambung reman tiga anggota polis yang ditahan berhubung kejadian tular polis trafik meminta wang RM100 daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik, baru-baru ini.
Berita… pic.twitter.com/aEXzSkpSKH
— Berita Harian (@bharianmy) February 1, 2024