Sektor makanan dan minuman (F&B) di Singapura kini berdepan krisis apabila lebih 300 restoran gulung tikar setiap bulan sepanjang tahun 2025, lapor The Independent.

Angka menunjukkan lonjakan berbanding purata 254 penutupan bulanan pada tahun sebelumnya.

Penutupan ini tidak hanya melibatkan gerai kecil atau perniagaan keluarga, malah turut menimpa restoran mewah dan tempat makan yang ada kelas.

Restoran

Antara nama besar yang kini menamatkan operasi termasuklah 1880, sebuah kelab eksklusif untuk ahli terpilih yang terletak di kawasan elit Robertson Quay.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Selasa lalu (18 Jun), pihak pengurusan mengaku bahawa penurunan mendadak dalam kekerapan pelanggan dan perbelanjaan dalam menjadi faktor utama kepada keputusan itu.

“Kami perlukan penstrukturan semula dan kecekapan operasi. Realitinya, kehadiran dan perbelanjaan ahli terus menurun,” jelas pihak pengurusan 1880 seperti dilaporkan Channel News Asia.

Restoran

Penutupan ini bukanlah insiden pertama melibatkan kumpulan 1880.

Cawangan mereka di Hong Kong yang baru sahaja dibuka kurang dari setahun lalu turut ditutup pada 30 Mei 2025.

Kos Sewa dan Operasi Naik, Rakyat Berjimat

Di sebalik imej mewah dan moden Singapura, realiti di lapangan jauh lebih sukar.

Kos operasi yang terus melambung – termasuk sewa premis, harga bahan mentah, dan gaji pekerja – menjadi antara penyebab utama banyak perniagaan F&B memilih untuk menutup kedai.

Ini termasuklah restoran warisan seperti New Scissor-Cut Curry Rice di Geylang, yang telah beroperasi selama 30 tahun.

Restoran

Pemiliknya terpaksa akur kepada tekanan kewangan dan menamatkan perniagaan bulan lalu.

Sementara itu, kuasa beli rakyat juga semakin mengecil.

Menurut laporan Mercer 2024, Singapura kini berada di tangga kedua kota termahal di dunia — hanya di belakang Hong Kong.

Dengan inflasi dan kos sara hidup yang terus meningkat, warga kota menjadi semakin berhati-hati dalam berbelanja, terutamanya untuk makan di luar.