Kumpulan 3P hasilkan lagu raya yang menarik perhatian ramai pihak. Netizen pelbagai bangsa merasai semangat Malaysia sebenar menerusi lagu raya baharu daripada kumpulan berbangsa Cina.
Ketika beberapa orang politik cuba memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia, ternyata rakyat di negara kita masih lagi memegang semangat perpaduan.
3P hasilkan lagu raya yang menuai pujian
Misalnya lagu raya yang berjudul ‘Syawal Tiba Berseri Seri’ oleh 3P ini benar benar menyemarakkan semangat beraya di Malaysia sebagai satu komuniti yang besar.
Video klip rasmi lagu tersebut sudah boleh ditonton di saluran YouTube rasmi 3P. Dan konsep video klip sangat ringkas namun membawa mesej yang jelas.
Ianya cuma berlatar belakangkan rumah kampung. Dan digambarkan kemeriahan Hari Raya di situ diraikan bersama sama dengan keluarga dan sahabat handai.
Lagi sedap daripada segelintir lagu Melayu
Inilah Malaysia, orang Melayu yang beraya, Cina tolong hasilkan lagu catchy dan orang India pun enjoy sekali. Jelas sekali di ruangan komen setiap orang menikmati lagu tersebut.
3P hasilkan lagu raya yang membawwa mesej perpaduan yang kuat.
Netizen menganggap lagu raya dihasilkan orang Cina, iaitu lagu raya 3P ini lebih sedap daripada segelintir lagu raya orang Melayu yang pernah terhasil dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
@3p_official Syawal Tiba Berseri-Seri🌙💚✨#SyawalBerseri #HariRaya2025 #Raya2025
Mereka malah memuji lagi ini lebih sedap lagu raya budak gen-z yang dinyanyikan penyanyi Melayu.
Netizen berbangsa Cina akui bangga dengan lagu raya yang dihasilkan komuniti mereka buat rakan berbangsa Melayu Islam yang meraikan Hari Raya.
“Wow! Sebagai seorang Cina, saya sangat bangga melihat ini, syabas 3P,” tulis Tiffany.
Yang lain berkata: “Bukan nak jatuhkan bangsa sendiri, tetapi Cina buat lagu raya lebih sedap masalahnya,” kata netizen tersebut merujuk kepada beberapa lagu raya karya orang Melayu yang dianggap mengarut.
Susan Chau menambah: “3P menunjukkan inilah 1 Malaysia sebenar.”
Netizen tak henti henti memuji lagu yang membawa aura yang sangat positif untuk Hari Raya diraikan setiap bangsa di Malaysia.
Ramai meminta 3P hasilkan lagu raya bangsa lain pula selepas ini. Ini termasuk untuk masyarakat India dan juga masyarakat di Sabah dan Sarawak.