4 warga asing telah ditahan dalam kes kecurian telefon bimbit di sekitar Lembah Klang.
Suspek terdiri daripada 4 warga asing yang bergerak dengan nama Geng Nguyen itu disyaki terlibat dalam 8 kes di enam daerah di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek berusia 31 tahun sehingga 61 tahun. Terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki.
4 warga asing aktif mencuri
Dipetik dari sumber Buletin TV3, Datuk Hussein Omar Khan berkata : “Kita berjaya merampas sebanyak 13 telefon bimbit melibatkan lapan kes kecurian telefon bimbit yang berlaku di enam daerah sekitar Lembah Klang iaitu Serdang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Dang Wangi, Cheras dan Sentul.”
Polis menambah, kesemua suspek tiada rekod jenayah lampau. Dan mereka juga didapati negatif pada ujian air kencing.
“Hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua individu tiada rekod jenayah dan keputusan saringan ujian air kencing adalah negatif,” tambah beliau lagi.

Modus operandi Geng Nguyen adalah mencuri telefon bimbit di sekitar Lembah Klang dan kemudian menjualnya ke Vietnam.
Keempat empat suspek masuk ke Malaysia pada Disember lalu dan telah berada dalam negara lebih kurang seminggu.
Dengan penangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan lapan kejadian kecurian telefon bimbit terutama sekali jenama iPhone.
Polis menambah, selepas mereka pulang ke negara asal mereka, suspek datang seemula ke Malaysia pada 17 Januari lalu.
Mereka melakukan beberapa siri kecurian di sekitar pusat pusat beli belah berdekatan.
Dipercayai lebih banyak lagi kecurian dilakukan oleh mereka. Cuma mangsa tidak tampil membuat laporan polis.
Daripada 13 telefon bimbit yang mereka curi, 12 daripadanya berjenama iPhone. Mereka bergerak dalam kumppulan bertiga untuk mengalihkan perhatian mangsa yang sedang sibuk membeli belah.
Selain daripada 4 warga Vietnam itu, seorang lagi warga Jordan turut ditahan, disyaki menjadi pemandu mereka.