Sempena filem Avengers Endgame yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Twitter telah menambah sokongan  dengan menawarkan 40 emoji khas untuk setiap watak dalam siri Marvel.

Emoji khas yang diperkenalkan oleh Twitter ini akan terpapar di status Twitter anda apabila anda menggunakan hashtag yang diiringi dengan setiap penulisan yang berkaitan dengan watak dalam setiap siri Marvel, sebagai contoh #Avengers.

Kepada pengguna tegar Twitter, anda bolehlah mencubanya dengan menggunakan hashtag (#) tersebut untuk melihat sendiri emoji khas yang ditawarkan itu.