Biasa dengar tentang laman dark web? Secara ringkasnya dark web merupakan laman sesawang yang tidak diindeks laman pencarian seperti Google. Ia boleh diakses menerusi enjin pencarian privasi seperti Tor. Laman web jenis ini juga dikawal ketat oleh hos yang dirahsiakan identitinya.
Selain menjadi tempat ‘berkongsi’ perkara yang tidak sepatutnya, di sini juga merupakan medan dalam talian untuk menjual barangan haram serta menawarkan perkhidmatan jenayah siber. Tapi, tahukah anda barangan haram yang laris terjual di dark web sepanjang tahun 2020?
1. Informasi data kad kredit dan perbankan
Pengusaha pasaran dark web kini advanced pintar dalam memanfaatkan kecanggihan perisian teknologi dengan mencuri data kad kredit pengguna. Berdasarkan kajian dilakukan, pengusaha dark web akan menjual informasi kad kredit dengan menggunakan kaedah pemalsuan kad kredit Mastercard bersama nombor PIN milik mangsa pada harga serendah USD15 (+-RM60.50) sahaja.
Risiko hutang kredit akan ditanggung sepenuhnya oleh mangsa dan pembeli kad kredit palsu hanya ‘goyang kaki’ menghabiskan wang ketika berbelanja. Kad kredit palsu ini antara hot item dalam senarai barang dark web tahun ini. Di samping itu, pembeli juga boleh membeli info log masuk perbankan online berharga USD65 (+-RM262.00) di dark web.
2. Rahsia perdagangan syarikat
Difahamkan, pasaran dark web juga ada menjual info rahsia mengenai perdagangan syarikat-syarikat ternama. Dengan adanya info ini, mereka yang berniat jahat sama ada ‘orang dalam’ ataupun pekerja yang dipecat boleh mencuri maklumat sulit syarikat lalu menjualkannya kepada pesaing syarikat berkenaan.
Ia biasa dilakukan dengan menggunakan perisian malware yang dicipta khas untuk menggodam sistem operasi komputer dan keselamatan syarikat. Secara tidak langsung ia mengancam keselamatan data syarikat dan menyukarkan untuk mereka bersaing dengan syarikat lain.
3. Rekod kewangan
Rekod kewangan sering terjual di pasaran dark web bertujuan untuk menghasilkan pengubahan wang haram dan mencuri wang menerusi akaun bank milik sesebuah syarikat. Wang yang dicuri akan dimasukkan ke dalam akaun bank palsu. Kini, ia lebih mudah untuk pegodam akses kerana kebanyakan bank kini lebih banyak melakukan urusan melalui atas talian.
“Sekiranya anda mencari kaedah pembukaan buku akaun bisnes palsu dan penipuan pembayaran cukai, dark web boleh membantu anda,” ujar Emily Wilson, naib presiden perusahaan Terbium Labs menerusi laporan CIMA Global.
4.Dokumen rahsia kerajaan
Dokumen rahsia kerajaan juga terjual di pasaran dark web. Ia dijual bertujuan untuk memberikan info kepada pihak lain mengenai penyiasatan yang dijalankan kerajaan, program yang dianjurkan kerajaan, belanjawan tahunan, dokumen sulit sama ada rasuah atau salah laku pemimpin tempatan. Khabarnya, dokumen ini laris dijual di pasaran dark web ketika ini.
Difahamkan, kelompok bekas pegawai kerajaan merupakan tunjang utama yang sering dikaitkan dalam aktiviti membocorkan rahsia kerajaan kepada wartawan. Wujudnya dark web ini lebih memudahkan untuk wartawan berkomunikasi secara rahsia bersama bekas pegawai kerajaan. Kemudian, wartawan akan menghasilkan satu artikel mengenai rahsia kerajaan lalu dihebahkan kepada orang ramai.
5. Laporan risikan
Laporan pengintipan antarabangsa juga merupakan dokumen haram yang laris dijual di pasaran dark web. Ini sangat berisiko tinggi kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara. Jika ia jatuh di tangan pihak pengganas, ini membolehkan mereka mengetahui data ketenteraan negara dan selok-belok untuk menceroboh sesebuah negara.
Sesungguhnya kewujudan pasaran dark web ini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Majoriti daripada kita tidak memerlukan maklumat yang dijual di laman ini. Adakah anda pernah melayari laman dark web ? Jika ya, anda boleh kongsi berkongsi dengan kami di ruangan komen.
P/S: Dark web bukan deep web dan laman deep web adalah lebih sukar untuk diakses. Mungkin kami akan hurai perbezaan antara dua perkara ini di masa akan datang.
Pelik tapi benar, bekas hacker dilantik sebagai ketua keselamatan bagi syarikat media sosial Twitter. Klik pautan di bawah untuk membacanya.
‘Hackers’ Jual 267 Juta Data Pengguna Facebook Dengan Harga RM2,000
Lelaki Ini Kantoi Bayar ‘Hitman’ Menggunakan Bitcoin Untuk Bunuh Teman Lelaki Perempuan Simpanannya