LG pada hari ini telah memuatnaik sebuah gambar dimana menunjukkan rekabentuk bahagian hadapan smartphone flagship keluaran mereka iaitu LG G6. Smartphone flagship keluaran mereka tahun lepas mungkin antara smartphone yang paling inovatif, namun gagal mendapat perhatian pengguna atas beberapa faktor.

Memandangkan smartphone ini bakal dilancarkan pada bulan hadapan, terdapat beberapa ura-ura yang mengatakan LG G6 bakal sertakan beberapa fungsi ini untuk kembalikan kepercayaan pengguna terhadap jenamanya. Berikut merupakan 5 perkara yang anda boleh jangkakan daripada LG G6.

  1. Skrin yang lebih besar

Sesuai dengan misi mereka untuk menawarkan rekabentuk yang kompak serta skrin yang besar, LG G6 nampaknya bakal tampil dengan rekaan yang hampir-hampir bezelless dimana skrin bakal meliputi bahagian hadapan smartphone ini. LG juga dikatakan lebih berminat untuk sertakan skrin yang lebih besar pada flagship keluaran mereka dengan menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci.

2. Kalis air

Fungsi kalis air yang sebelum ini tampak kurang releven nampaknya sudah menjadi suatu kemestian buat smartphone pada tahun ini. LG juga nampaknya tidak mahu terlepas trend yang sama apabila bakal menyertakan fungsi ini pada LG G6.

3. Processor dan RAM

Sebelum ini, rancak diperkatakan LG G6 bakal menjadi smartphone pertama dengan penggunaan Snapdragon 835. Melalui sumber terbaru, LG G6 nampaknya telah mengubah pelannya dengan penggunaan Snapdragon 821 dan RAM 6 GB. Dikatakan pembelian besar-besaran processor Snapdragon 835 daripada Samsung antara sebab yang membuatkan LG memilih Snapdragon 821.

4. Tiada lagi modular

Buat anda yang mengikuti LG G5, pastinya anda mengetahui bagaimana syarikat ini ingin tampil dengan sebuah idea yang fresh dan inovatif. Malangnya, idea ini gagal menambat hati pengguna berikutan harga modular yang mahal serta tidak praktikal. LG nampaknya mulai sedar dengan kesilapan yang dilakukan dan bakal beralih kepada smartphone yang lebih sesuai dengan pengguna.

5. Penggunaan glass panel 

Ketiadaan modular nampaknya memberi kebabasan buat LG untuk menggunakan material kaca di bahagian belakang smartphone mereka pada kali ini. Selain itu, penggunaan material kaca juga tampak lebih rare dan premium berikutan majoriti smartphone ketika ini menggunakan material metal.

Segalanya bakal terjawab di akhir Februari ini apabila LG bakal mengumumkan LG G6 pada acara MWC 2017 di Barcelona. Mampukah flagship keluaran LG ini bersaing bersama Samsung Galaxy S8 dan Huawei P10 yang bakal turut dilancarkan tidak lagi? Semestinya kita akan melihat persaingan yang lebih kompetitif pada tahun ini.