Rekod Mohamed Salah sangat luar biasa pada musim ini. Salah menjadi sebab kenapa Liverpool kini terus berada di kedudukan teratas EPL dalam usaha mereka merebut kejuaraan itu daripada Man City.
Mo Salah sekali lagi menjaringkan gol dan mencetak assist dalam perlawanan menentang Manchester City.
Liverpool menang 2-0 ke atas Man City selepas keciciran mata berdepan Aston Villa sebelum ini.
Berikut adalah beberapa statistik Mo Salah yang anda harus tahu.
Rekod Mohamed Salah tidak masuk akal
Rekod Mohamed Salah bersama Liverpool musim ini sangat tak masuk akal.
Walaupun sudah dianggap berusia, namun pemain itu langsung tidak menunjukkan penuaan pada ‘peak’ beliau.
Berikut 5 rekod Mohamed Salah bersama Liverpool setakat ini.
1. 40+ sumbangan gol
Mo Salah menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris menyumbang kepada 40+ gol dan assist dalam dua musim berbeza.
Salah kini menjadi pendahulu dalam carta jaringan gol dan assist dalam EPL.
2. 50 sumbangan gol
Mo Salah menjadi pemain pertama dalam 5 liga utama Eropah yang terlibat dalam 50 gol dalam semua pertandingan musim 2024/25.
3. Gol dan assist dalam perlawanan sama
Mohamed Salah kini sudah menjaringkan gol dan mencipta assist dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris sebanyak 11 perlawanan EPL yang berbeza musim ini.
Ada yang mulai menganggap ini adalah musim terbaik Mo Salah bersama Liverpool
4. Rekod ke atas juara bertahan
Mohamed Salah menjadi pemain pertama dalam sejarah EPL yang mencetak assist dan menjaringkan gol dalam kedua dua perlaanan menentang juara bertahan.
Mo Salah and Pep Guardiola share a cheerful moment after the final whistle. ❤️ pic.twitter.com/6BRRPGyYv6
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) February 23, 2025
5. Rekod terbaik Liverpool dalam EPL
Mohamed Salah menjadi pemain Liverpool pertama menjaringkan 25+ gol dan 15+ assist dalam satu musim EPL.
Rumusan
Dengan segala rekod Mohamed Salah musim ini, peminat Liverpool semakin bersemangat mendesak pengurusan kelab untuk memberikan kontrak baharu, mengikut apa sahaja yang diminta Sang Raja Mesir.