Rakyat Malaysia kini makin aware dengan kesihatan mereka dan rata-rata rakyat Malaysia sering bersukan demi menjaga kesihatan. Malah, acara larian sering diadakan dan pelbagai tarikan di setiap acara yang dianjurkan.
Akan tetapi, adakah anda tahu apa yang perlu anda lakukan sebelum sertai acara larian? Oleh itu, kami senaraikan beberapa tip penting untuk anda lakukan sebelum hari perlumbaan.
1. Persediaan awal
Tidak kisahlah jika anda sertai larian 3KM pun, tetapi anda harus mempersiapkan diri anda. Selain daripada kemas barang-barang yang diperlukan seperti botol air, makanan yang memberikan tenaga dan sebagainya.
Anda juga haruslah berlatih sekerapnya sebelum anda menyertai acara larian supaya mengelakkan badan anda rasa terkejut. Jika badan anda rasa terkejut, tidak mustahil anda akan ‘semput’ di tengah jalan dan demam keesokkan harinya.
2. Tidur yang mencukupi
Kebiasaanya ada acara larian yang dijalankan di awal pagi dan rata-rata anda mungkin ada yang tidak tidur kerana takut terlajak tidur. Sebenarnya jika anda tidak cukup tidur, ia akan mempengaruhi keadaan anda ketika berlari.
Bayangkan tengah berlari, tiba-tiba anda pengsan sebab tidak cukup rehat. Percayalah, anda memang perlukan rehat yang secukupnya agar badan bertenaga sepanjang anda berlari.
3. Makan dengan teratur
Sebut sahaja tentang makan, kita perlulah makan dengan teratur dan secukupnya. Jangan ‘skip’ makan kerana anda akan tidak bermaya, makan secukupnya dan bukan berlebihan.
Adalah diingatkan untuk mencuba makanan baharu yang anda tidak biasa makan, mana tahu boleh menyebabkan anda sakit perut pula ketika sedang berlari. Takut terpaksa ‘Do Not Finish’ (DNF) pula nanti.
4. Pastikan ‘streching’ sebelum perlumbaan
Perkara ini paling penting. Rasanya dalam setiap sukan yang ingin kita lakukan, streching adalah wajib. Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda mengalami kekejangan otot ketika melakukan aktiviti tersebut.
Tidak perlu mengambil masa yang lama pun, cukuplah sekadar 10 minit untuk streching dan memanaskan badan.
5. Positifkan minda
Pastikan anda positifkan minda anda dengan kata-kata semangat sebelum perlumbaan dan ketika perlumbaan. Kiranya seperti persediaan mental dan anda haruslah sentiasa positifkan diri.
Kadangkala, anda pasti pernah berasa tidak larat dan tidak mampu untuk habiskan larian. Akan tetapi jika anda sentiasa positifkan diri dan dikelilingi mereka yang sentiasa memberi semangat pasti anda mampu untuk lakukan.
Sudah tahu perkara penting sebelum sertai acara larian, apa kata anda sertai The Music Run. Untuk pengetahuan anda, The Music Run anjuran akan dianjurkan pada 23 November 2019 ini di Stadium Sukan Kebangsaan di KL Sports City.
Sama seperti The Music Run sebelum ini, pada edisi kali ini juga akan tampil dengan dua kategori iaitu larian 5KM dan larian 10KM. Sudah namanya The Music Run, mestilah anda akan dihiburkan dengan konsert gempak setelah tamatkan larian.
Jika anda berminat untuk sertai kemeriahan larian ini, anda boleh layari laman sesawang ini. Malangnya, penyertaan telah ditutup tetapi jangan bersedih dahulu kerana kami ada satu berita gembira dimana anda boleh sertai The Music Run ini secara percuma!
Betul, anda berpeluang untuk sertai The Music Run secara percuma dan caranya sangat mudah. Anda hanya perlu lakukan seperti langkah-langkah di bawah dan setiap pemenang berpeluang menangi 2 tiket The Music Run:
1. Like dan ikuti Facebook The Vocket.
2. Kongsikan artikel ini di Facebook anda.
3. Kemudian, isikan maklumat anda di sini.
Mudah, bukan? Jika anda terpilih, kami akan hubungi anda dan berikan code untuk anda redeem tiket The Music Run di kaunter media pada hari tersebut. Penyertaan akan tamat pada 19 November 2019.
Tidak lengkap jika anda berlari tetapi tiada fitness tracker, bukan? Ketahui perkara penting ini sebelum membeli ia.
9 Perkara Ini Penting Dipertimbangkan Sebelum Anda Beli ‘Fitness Tracker’
Pusat Fitness Yang Pertama Di Dunia Sediakan Latihan Tidur Kini Dibuka
5 Senaman Ini Dijangka Menjadi Fitness Trends Terhangat Untuk 2015