Nampaknya bukan sahaja negara yang terkesan dengan kejatuhan pasaran saham pada hari Rabu lalu. Malah, ramai individu yang turut terkesan melalui pasaran saham yang menjunam.
Berdasarkan laporan, sebanyak RM411 Bilion telahpun hilang ditangan 500 manusia dunia. Semuanya berlaku disebabkan beberapa faktor yang melibatkan pasaran jatuh.
Difahamkan antara yang menanggung kerugian tertinggi adalah pengasas Amazon, Jeff Bezos yang rugi sebanyak $9.1 bilion (RM37.80 bilion). Walaubagaimanapun kerugian yang besar itu masih lagi mengekalkan beliau sebagai manusia terkaya dunia meskipun nilai beliau bernilai $145.2 bilion.
Antara perkara yang membuatkan Jeff Bezos menanggung kerugian yang tinggi sudah pastinya disebabkan trade wars yang berlaku diantara Amerika Syarikat dan China yang sekaligus memberi kesan buat syarikat miliknya iaitu Amazon.
Selain itu, Bill Gates dan Mark Zuckerberg turut menerima nasib yang sama dimana Bill Gates terpaksa menanggung rugi sebanyak $3.9 bilion (RM16.20 bilion) manakala aset Mark Zuckerberg berkurang sebanyak $2.1 bilion (RM8.73 bilion).
Kejatuhan pasaran saham baru-baru ini antara turut disenaraikan sebagai antara yang terburuk sekaligus telah merombak senarai 500 manusia terkaya dunia.