6 bekas penuntut UPNM atau Universiti Pertahanan Nasional terlepas hukuman gantung dan akan menjalani hukuman penjara 18 tahun.

Kes arwah Zulfarhan pernah menggemparkan negara kita pada satu ketika dahulu. Di mana Zulfarhan menderita kerana kecederaan yang kritikal dialaminya.

Dan hasil pendakwaan, kesemua mereka didapati bersalah dalam kejadian buli yang meragut Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Pada 23 Julai tahun lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan telah hukuman gantung sampai mati terhadap enam 6 bekas penuntut UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas semua tertuduh, selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.

6 bekas penuntut UPNM terlepas tali gantung

Terbaru, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Jumaat mengetepikan hukuman gantung sampai mati terhadap keenam-enam tertuduh – menurut laporan Harian Metro.

6 bekas penuntut UPNM itu yang merupakan tertuduh kes tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Pannel 3 hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim bersama  sama dengan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karin Abdul Jalil telah bersidang untuk menerima rayuan akhir kesemua mereka.

peguam pecah amanah

6 bekas penuntut UPNM itu membuat rayuan terakhir ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Julai 2024 yang menjatuhkan hukuman gantung kepada mereka.

Ibu Zulfarhan

Namun begitu, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara 18 tahun ke atas semua tertuduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan seperti diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

mahkamah persekutuan putrajaya

Ketika  pertuduhan  dibuat kesemua mereka berusia 21 tahun. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di asrama Jebat, UPNM, Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Manggsa meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.