6 skinhead sudah ditahan polis untuk siasatan kes memukul vokalis kumpulan punk baru baru ini.

Video yang tukar tesebur memaparkan beberapa individu telah menyerang vokalis punk tersebut dan membelasahnya.

Kenyataan awal dibuat oleh kumpulan punk Armpunk Sindicate menyataka bahawa vokalis mereka dipukul atas sebab remeh iaitu kerana tak salam cium tangan otai Skinhead selepas keluar tandas.

Tak Salam Cium Tangan Otai Selepas Keluar Tandas Punca Vokalis Punk Dibelasah Dan Dikeronyok Beramai Ramai

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, enam orang suspek ditahan dalam siri serbuan yang dibuat pada kelmarin dan semalam.

Mereka 6 skindhead yang ditahan adalah berusia 28 tahun sehinngg 40 tahun.

Menurut polis, dendam dan sengketa lama dipercayai menjadi punca kesemua suspek itu bertindak ganas dengan memukul vokalis Armpunk Sindicate.

Sengketa itu berlaku dalam satu festival muzik di Ampang pada tahun lalu.

Polis juga mengesahkan bahawa vokalis punk yang berasal dari Ampang itu turut dihentak dengan tong besi.

Menurut Raub lagi dalam kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka serta sakit di seluruh badan. Mangsa juga telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang.

6 Skinhead direman

Polis menegaskan bahawa 3 suspek pertama memiliki sekurang kurangnya 1 rekod jenayah sehingga 3 rekod jenayah lampau. Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripada 3 suspek utama ini positif dadah – menurut Malaysia Gazzette.
Manakala 3 lagi suspek pula, salah seorang memiliki satu rekod jenayah lampau dan positif ganja.

Kesemua suspek akan direman sehingga Sabtu ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan rangkaian media sosial serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.