Fenomena “Avengers: Endgame” sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penonton, buktinya apa sahaja merchandise ‘Endgame’ yang ditawarkan habis terjual dalam masa singkat. Terbaharu, 7-Eleven Thailand pula mengumumkan penjualan set breakfast box.
Set breakfast box dan botol air ini tersedia dalam 3 warna mengikut tema superhero dalam filem tersebut iaitu Iron Man, Captain America dan Thanos. Set breakfast mengandungi gelas, sudu dan 2 bekas makanan.





Botol air pula tersedia dalam 4 variasi karakter dan warna iaitu Iron Man, Captain America, Thanos dan juga Incredible Hulk.




Mungkin anda sudah merancang untuk ke Thailand dalam masa terdekat untuk mendapatkan edisi khas 7-Eleven x Marvel ini.